Wednesday 5 July 2017

Rasa Janggal

Assalamaulaikum wmwb,

Saudara saudari yang dikasihi oleh Allah swt.

Dikesempatan ini suka untuk saya ucapkan kepada semua sahabat dan kenalan yang pernah mengenali saya dalam bidang penulisan mahupun di luar, Selamat Hari Raya 'Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.

Sebenarnya,
Nak sangat kembali menulis tapi aku rasa janggal. Tangan ini mulai kaku. Mungkin sedang ditipu sehingga tidak mampu. Tapi aku cuba untuk gagahi jua untuk jadi seperti dulu. Ingin berkongsi kepada semua apa yang sudah terjadi pada pandanganku serta pemikiranku dan perkara yang bakal terjadi supaya kita terus termotivasi dalam kehidupan seharian kita dari hari ke hari.

Pada setiap fasa kehidupan kita sudah tentu akan ada pasang dan surutnya, turun naiknya dan setiap dari kita siapa yang pernah menyangka untuk diberi ujian yang cukup pedih dariNya. Dan ketika itu tanyalah diri kita, bahawa kita sudah bersedia ataupun tidak untu diuji dengan begitu dahsyat sekali.

Saudara dan saudari,

Aku bukanlah insan yang sempurna dan sudah tentu seperti kalian juga punya jutaan kelemahan. Sudah bertahun aku tidak menulis dan aku rasakan sudah tiba masanya untuk aku mulakan kembali bidang penulisan yang aku minati dulu. Kelemahan yang terbesar dalam kehidupan aku adalah apabila aku mula melupakan bidang penulisan ini dan dari situ Allah tarik satu per satu kelebihan itu. Mohon dorongan dari kenalan untuk setiap perkongsian yang aku sampaikan ini memberi inspirasi dan motivasi untuk diri kalian dan semestinya buat diriku jua.



Sekian dulu dariku yang ikhlas untuk kembali menulis,
Tentera Berkuda Islam




Monday 12 October 2015

Mengambil roh ikhwan selepas pelancaran Intifadah !

Intifadah telah dilancarkan buat kali ke-3 dan gendangnya telah dipalu oleh seluruh rakyat Palestin semalam. Umat Islam akan terus mengambil pengajaran yang besar dalam memahami bagaimana perjuangan kearah pembebasan Al-Aqsa ini yang sedang menuju kearah titik kemenangan.

Kita bersedih melihat saudara semuslim diperlakukan seburuk layanan terhadap mereka dari pencerobohan 1948 sehinggalah ke hari ini. Kita turut bersedih selepas As-Syahidah ditembak mati oleh tentera zionist hanya kerana ingin mempertahankan maruahnya sebagai seorang muslimah yang beriltizam dengan tudung yang menjadi lambang keteguhannya dalam beragama.

Lagi sedih apabila semalam 09/10/2015 , sempena laungan Intifadah ke-3 dilaungkan oleh pendudukan muslim di Palestin apabila As-Syahid Muhannad Halabi ditembak mati selepas berjaya membunuh seorang anggota polis Israel serta mencederakan dua yang lain. Intifadah ke-3 sudah dilancarkan , tapi dimanakah kita ya ikhwan ?!

Aku bersedih dengan diri ini , kerana hanya mampu menatap perjuangan saudara seperjuangan yang berpenat menjaga Masjidil Aqsa dari dipecahkan kepada dua bahagian. Aku terus bersedih kerana Allah swt lebih memilih As-Syahidah dan As-Syahid ini untuk mengakhiri perjuangan al-haq ini dengan pengakhiran yang cukup baik bahkan impian setiap muslim yang meletakkan Allah sebagai Ghayah dalam hidupnya.

Turut besedih lagi kerana diri ini sepanjang seminggu tidak langsung terjaga dari lenaan sehingga subuh berjemaah diabaikan dan terlajak kerana beralasan. Solat berjemaahnya di masjid sudah tidak menjadi keutamaan bahkan diketepikan seruan Sang Pencipta untuk hadir ke rumahNya langsung terus menatap laptop dan kaca telephone pintar seolah-olah tidak pernah menerima kefahaman tentang kepentingannya dan seolah-olah cuba menjauhkan dari tarbiyah yang pernah ditanamkan dalam diri.

[Intifadhah dilancarkan]
Kesedihan ini terus dikembangkan dengan sahabat seperjuangan juga turut bersikap begitu, bahkan ada yang lebih teruk. Jati diri mereka telah lesap dan kepentingan mereka lebih kepada memuaskan nafsu makan mereka , bermain permainan (Games) kegemaran mereka , dan yang lebih teruk membuang masa dihadapan laptop tanpa berganjak walaupun dipanggil beberapa waktu oleh Maha Esa. Aku meletakkan kesalahan ini berpunca kelemahan dari diriku yang tak mampu membimbing mereka dengan baik. Maafkan aku kalian.

Apakah yang sedang berlaku pada keadaan kita yang sedang asyik mencanangkan perjuangan Palestin dan kefahaman dalam beramal? Quran entah kemana , dhuha sudah dilupakan , puasa sunat langsung tak dilakukan , Qiam jangan ditanya ... khuyuk dalam solat? Jauuuuuuh sekali.

Ikhwatil kirom , beginilah keadaan kita yang semakin lama semakin selesa dengan hanya mengupdate status di facebook serta post gambar tentang perjuangan dan sebagainya di instagram. Tapi pada hakikatnya hati kita sudah kering kontang kerana tidak beramal dengan apa yang telah kita perkatakan dan telah mula menyasarkan diri dari hadaf penciptaan kita sebagai 'abid kepada Yang Esa dan khalifah yang kita pernah dapat kefahaman ini.

Mungkin kerana terlalu asyik bercerita dan bersembang perkara yang kononnya kita kan kita adalah orang yang paling faham dalam beragama ini , tapi sebenarnya kita hanya mewarisi keislaman orang terdahulu yang telah membenarkan agama ini dengan kesungguhan dan kegigihan mereka dalam beramal untuk mendekatkan diri kepadaNya.

Maka sempena Intifadah ke-3 ini dilancarkan , aku menyeru kepada semua ikhwah yang telah berjanji untuk berjuang (yakni berjihad) di jalan dakwah yang kita bersama imani untuk terus beriltizam dan meningkatkan usaha untuk memberi komitmen pada perkara asas yang sepatutnya kita pegang.

Tilawah harus diperkukuhkan dan membuang masa harus dikurangkan !

Qiam harus dihebatkan dan tidur harus dikurangkan !

Ibadah sunat lain perlu dipertingkatkan dari semasa dan jahiliyah perlu dinyahkan dalam garis hidup !

Telephone pintar harus dikurangkan menjadi rujukan , tapi Al-Quran adalah dusturuna !


Jangan menyesal andai kata Allah swt terus menjauhkan kita dari landasan yang kita sudah yakini seperti berada atas siratol mustaqeem.
Moga seruan ini menjadi muntalaq(titik tolak) pada diriku dahulu sebelum mengesani ikhwah yang lain dalam terus memperhebatkan amal dan memperteguhkan iman di atas jalan ini dengan tindakan !

Ya Allah !

 !نفديك يا أقصى 

" kami akan menebus kamu wahai Aqsa "

Friday 16 May 2014

FORUM l Kenali Murobbi Osem dari Jordan [E.1]

Tuan Moderator : bismillah .. kita buka forum ruhiyah kita pada hari ini dengan umul furqon al-fatehah..

mulut para ikhwan sedang berkumat kamit menyelesaikan bacaan al-fatehah ada yang masih belum berhenti berbual dek lama sangat tak berjumpa, ikhwah gila gila biasanya duduk dibelakang tapi hari ini mereka kurang gila sikit kerana ingin menghormati forum ruhiyah. itulah uniknya ikhwah di Jordan.

Tuan Moderator : Alhamdulillah , nahmaduhu wanasta3inuh ... amma ba3d. Ikhwah yang ana kasihi dan ana cintai sekalian., hari ini bersyukur kehadrat Illahi setelah sekian lama kita tidak dihimpunkan pada majlis yang mulia seperti ini ada yang dari jauh Mu'tah, Mafraq, Amman dan sudah tentu dari Irbid, pada hari ini Allah swt menyatukan hati hati yang sudah lama kering untuk membasahkan kembali dengan cahaya hidayah, nur tarbiyah, dan lampu dakwah. *blur*

para ikhwan ketawa dek tuan moderator buat lawak hampir tak jadi.

Tuan Moderator : (baru habis ketawa bersama) ok ikhwah semua, itu selingan sahaja. Hari ini seperti yang kita tahu kehadiran kita pada hari ini akan mendengar forum bersempena dengan Hari Guru Sedunia 2014 bertarikh pada 16 Mei setiap tahun. Dan tentang Hari Guru ni ana sebenarnya masa kecil dulu time di tadika, suka sangat dengan seorang ustazah ana ni. Sebenarnya bukan seorang la tapi ramailah ustazah-ustazah ana yang ana suka.

Para ikhwan menunjukkan isyarat elegik tahap elegik kacang hazzet dengan cadburry sambil ketawa kerana memahami itu adalah lawak biasa tuan moderator

Tuan Moderator : (ketawa lagi!) hahaha..okay. So, masa ana tadika dulu antum tau tak sebab apa ana suka sangat dengan ustazah-ustazah ana?

Ikhwan : taaaaak ! (dengan campuran suara matang dan separa matang. suara kecil tenggelam terus)

Tuan Moderator : Ana suka dengan mereka ni, sebab masa ana tadika badan ana kecik je tapi mulut besar. makanya ana ni seorang pidato yang gagah untuk menembak sahabat sahabat yang berbadan besar , senang cerita mulut celupar la. tapi bila mereka yang besar besar ni nak pukul ana , ustazah ustazah ana akan backup ana walaupun ana yang salah. Artis tak ana?

Ikhwan : "..sumpah tak !.." , " ini cerita pengalaman moderator ni.. " (selingan pelbagai latar suara dan gelak ketawa)

Tuan Moderator : Ouh., nampaknya ramai yang menafikan kehebatan ana. Tak pe. Ana akan cuba buka keaiban ana untuk antum hilang thiqqah setelah taksub dengan ana tadi. Kemudian, ustazah ustazah ni ajak ana stay tadika sorang sorang ..

Suara ikhwan mula berkumandang dengan uisshhh !! ada juga yang kata astaghfirullah akhi ..

Tuan Moderator : (lepas gelak) ana time tu umur 5 tahun la ikhwah .. Lepas tu mereka ajak makan nasi bersama sama mereka dan ana makan la. sup dengan kicap je. tapi lepas makan tu tengok tv pula, sampai sebelum parent ana ambil ana kat tadika dalam 10minit sebelum balik mereka nasihat kat ana, " kenapa thoriq (bukan nama sebenar) selalu sangat ejek orang? mulut kita hanya perlu berkata ketika perlu sahaja " ana insaf ketika itu ikhwah.

Suasana jadi hening seketika semua ikhwan tengah insaf mungkin sebab ramai dikalangan mereka yang tidak pandai menjaga adab adab pertuturan ketika umur yang separa matang ini di maya mahupun di alam realiti dek angka ikhwah yang sedang meningkat pesat.

Tuang Moderator : Okay. ana harap kita semua dapat apa point yang ana cuba sampaikan kepada antum dari kisah pengalaman ana yang agak RARE ! pada mulanya tapi hakikatnya ada makna tersirat agar kita semua belajar dari kesilapan.

So, tanpa melenggahkan masa lagi suka untuk ana perkenalkan diri ana dulu , Ahmad Thoriq bin Karim Zaidan (bukan nama sebenar)., berasal dari Ipoh Perak , pernah dibesarkan di Terengganu dan mempunyai 8 orang adik beradik yang sangat comel macam ana, tapi ana sulung ye. Status pendidikan ana pernah bersekolah tadika Pasti Taman Delima, Ipoh Perak .. setelah itu sambung ke Sekolah Rendah Tali Putus, Terengganu dan melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Rendah di sekolah athis (suasana jadi riuh dengan gelak ketawa) sebab tak ada perkataan ' agama ' kat sekolah tu di Terengganu. Sehingga ana berjaya mendapat keputusan cemerlang pada PMR dan masuk ke Sekolah Menengah Agama Tepi Highway, Kajang Selangor dan mendapat keputusan pun cemerlang di sana pada SPM 2009. Alhamdulillah ana dapat ke Jordan sambung pengajian usul fiqh di Yarmouk University.

Ada sesiapa nak tambah ke? kot kot antum lagi tahu kisah hidup ana dari ana ke.. cepat cepat.

Para ikhwan dari tadi tak berhenti ketawa dengan gelagat tuan moderator ni

Tuan Moderator : Okay, kalau tak ada soalan ana terus kepada hadaf perkumpulan kita pada hari ini ., sebenarnya kita nak buat forum. bukan pasal diri ana , tapi beberapa orang murobbi dari Jordan yang kita sebenarnya dah ketahui tentang mereka tapi tidak semua. Maka hari ini mari kita dengar kisah mereka dan pengalaman mereka sepanjang menjadi ikhwah osem di Jordan dan kita mendoakan agar kita semua akan jadi seperti mereka pada masa akan datang...

Dengan itu, dijemput kepada akhuna Khamis Bin Jumaat dan Sabtu bin Ahad ., Eh?! Silap silap (para ikhwan ketawa lagi) Khamis bin Hatta dan Firdaus bin Abdul Kareem.

*lagu gimik dimainkan*

Kemasukan dua orang Panelis yang dianggap murobbi tertinggi di Jordan kerana mempunyai pengalaman hampir 7 tahun dalam dakwah dan tarbiyah di Jordan. Mereka sangat terkehadapan dalam menggerakkan dakwah dan tarbiyah di sini sehingga pada hari ini dihadapan mereka terkumpulnya hampir 300 jiwa para ikhwan yang gagah dengan kebolehan yang pelbagai pada masyarakat mahasiswa di Jordan pada hari ini sehingga jemaah dakwah dan tarbiyah mereka digeruni oleh para ahli maksiat. Mereka menggerakkan dakwah dan tarbiyah ini dengan keadaan pada ketika itu ikhwah baru 5 orang sahaja . Dalam tempoh 7 tahun mendatang mereka dibantu oleh Allah swt untuk mengembangkan kuantiti dan kualiti ikhwah sebanyak ratusan kali ganda.
Mereka juga kerap menangis apabila berada dihadapan ikhwah sehingga suasana menjadi sebak lalu mereka memulakan dengan kalam muqaddimah yang menaikkan ruhiyah ikhwan sambil yang lain juga turut sebak dan menangis. harapan penulis agar forum kali ini tidak berlaku babak menangis walau sangat mustahil tak berlaku 

bersambung ..

Thursday 11 April 2013

kembalikan cinta tu


Fuhh… seronok juga she kita bila sudah besar ni. Sudah bebas merdeka dari cengkaman ibunda dan bapanda yang asyik asyik berleter dari subuh hingga ke waktu tidur.

Sampai kadang kadang tu rasa nak lari dari rumah pun ada dengan leteran mereka berdua. Dari umur sepucuk daun sampailah lebat berbuah dah perangai diri ni.

Bahkan kita pun akan mudah berasa sangat menyampah dengar suara mereka yang tiada perhiasan dan nyanyian yang merdu seperti ala ala opera  atau konsep Jom Heboh!

Menyampah teramatkan sampai satu tahap tu menderhakai dan melukai hati mereka dengan kata kesat dan tucuhan kalam pedas lagi berbisa ibarat lipan menggigit tapak kaki ni.

Maka tumpahlah air mata mereka berdua terutama ibu yang mengandung sambil  mengimbau suasana yang sentiasa membawa ke mana sahaja dia pergi, tapi anaknya membesar ibarat samseng yang memberontak seolah olah tidak pernah bertemu dengan cinta dan kasih sayang.

Sedih hati mereka, neraka menanti kamu duhai anak di sana kelak! Tak percaya? Percayalah !
Bagaimana kita sanggup rasa perasaan meliat dengan ibunda dan bapanda kalau kita tahu bekerjanya mereka untuk kita dapat makan semata?

Bagaimana kita sanggup caci dan tucuhkan kalam yang memedihkan hati mereka kalau kita tahu mereka sanggup buat apa sahaja agar anaknya menjadi yang terbaik?

Bagaimana pula kita sanggup rasa nak keluar dari rumah yang dari sepucuk daun kita lahir dan hidup bersama tiba tiba kerana suntikan syaitan durjana kita paling wajah dari mereka?

Aduhai anak anak *kepala menggeleng

Cuba bayangkan bagaimana kita hidup tanpa ibunda dan bapanda? Yang memang ikatan hati dan darah tu dah disatukan dari kecil sampai selama lamanya. Kalau kita ke neraka sekali pun pasti darah yang mengalir dalam diri kita adalah darah mereka berdua.

Dan kalau mereka ke neraka, kita ke syurga. Darah yang mengalir dalam darah kita tu pun tetap darah mereka berdua.

Kenapalah benci sangat pada mereka?

Ayah kita selalu belasah kita macam tak berhati perut, dan mak pula hanya mampu lihat dan menangis sampai habis peristiwa.

Lepas tu kita tidur selepas kepenatan dibelasah, ibunda ni asyik risau keadaan kita sampai terpaksa berjaga malam dan merawat luka bahkan membelai anaknya yang masih dalam proses didikan.

“ Moga kelak kamu lebih memahami erti kebaikan dalam diri kamu” doa ibunda tercinta mengharapkan anaknya menjadi terbaik dengan melakukan usahanya yang terbaik dalam mendidik anak anaknya.

Begitulah hari demi hari doa kepada seorang anak yang menjadi harapan setiap kedua ibunda dan bapandanya.

Walaupun mereka pukul, rotan, libas, belasah dan semaksud dengannya tiada yang terlintas dalam hati mereka hanya untuk mendidik anak anak mereka agar jadi manusia terbaik.

Seronok mendengar cerita seorang tokoh jutawan dunia “ Bill Gates” yang merupakan seorang yang tidak cerdik dalam pelajaran. Tapi bilamana dia tahu dia tidak pandai dan sangat malas untuk bidang belajar tu tapi sekurang kurangnya dia mengetahui ibunda dan bapanda mengharap agar dia menjadi manusia yang terbaik dalam hidup mereka.

Dan akhirnya berkat memahami ibunda dan bapanda dia telah membuktikan bahawa yang ibunda dan bapandanya harapkan bukan pandai dalam pelajaran tapi menjadi someone yang memberi kebaikan dalam kehidupan kita dan orang lain.

Hari ni kenapa?

Anak anak seolah derhaka kepada ibunda dan bapanda adalah satu trend baru dan sangat cool?

Apakah?* garu kepala tak gatal

Mencarut kepada ibunda dan bapanda adalah satu kebanggaan pada zaman kini untuk dijadikan cerita sembang kosong.

Tak dengar dan lawan cakap ibunda dan bapanda adalah satu kebebasan yang mutlak yang boleh dikongsi dalam facebook dan twitter untuk menunjukkan bahawa anda hari ini sudah besar dewasa.

Sampai satu tahap mengecewakan mereka adalah satu kepuasan kerana ketidak puas hatian terlampau terhadap mereka sehingga mereka pun kita tak mengaku ibunda dan bapanda kita di hadapan sahabat handai.

Bodoh semua ni! Salah satu kejayaan penjajahan pemikiran yang paling berjaya.

Lihat ni!

Yang memberi minum susu ketika kita tidak mampu untuk makan nestum sekali pun adalah ibunda yang sentiasa mengigau suara tangisan anak kecilnya di malam hari dek kelaparan.

Yang membawa anak mereka dengan memimpin tangan sampai ke depan pintu tadika tu bukankah ibunda dan bapanda ke? Mereka nak kita terdidiklah!* suara emosi terlebih

Yang menangis bila kita biadap dan derhaka kepada mereka dan mendoakan agar Allah bukakan hati kita, siapa? Ibunda dan bapandalah yang penuh mengharap agar Allah membuka hati yang telah menghancurkan hati mereka.

Apalah susah sangat nak faham konsep taat dan patuh bersebab?!

Cuba kita try test..

Senyum kepada mereka, dan ucap “ mama.. papa.. sayang mama papa “ sambil buat muka comel. Sudah memadai untuk anda menempah tiket ke syurga kelak. Berserta juga dengan adab dan akhlak baik sepanjang bersama dengan mereka.

Sebagai seorang yang beriman dengan rukun iman yang kelima;  percaya pada hari akhirat kelak, sudah pasti kita mengimani juga syurga dan neraka itu wujud di ‘ArasyNya.

Tidak mahukah kita bertemu dan berpisah di dunia dan kekal bersama di syurga tertinggi bersama keluarga kita yang tercinta semula. Mungkin masa tu, hampir hari hari kita berseronok dan bercuti dengan hati girang gembira bersama ke mana sahaja kita suka tanpa batasan waktu dan tempat yang indah di syurga.

p/s : Umi abah, saya minta maaf kalau banyak melukakan hati kalian berdua. Tidaklah yang saya harapkan kecuali kita hidup gembira bersama di dunia dan akhirat kelak bersama adik adik yang ramai ni. Mungkin susah nak digambarkan usaha yang terbaik kalian berdua tempuh dalam menghadapi rezeki dari Allah ini tapi saya tetap percaya kalian adalah terbaik untuk kami anak anakmu yang comel ^^

Friday 22 February 2013

Menatap Langit Biru

[kredit]
Ehem .. Allahumma Innakata'lam Annahazihil Qulb .. tertunduk semua kawanan pemuda yang menjiwai setiap bibit suara halus doa rabitah yang dibacakan oleh salah seorang dari mereka

Amin Ya Rabb..

" Alhamdulillah kita dah sampai ke penghujung program kita hari ini . nasihat ana , kita bersama sama untuk menghafal alQuran yang sudah semestinya akan menjadi hujah kepada para kader du'at seperti kita. InshaAllah "

Ramai ramai membalas ; InshaAllah! Ameen

Bersusul seorang demi seorang dari kalangan mereka untuk meneruskan amal seharian seperti biasa sebagai pelajar muslim bergaya daie sehingga yang tinggal hanyalah tuan rumah dan ahli rumahnya yang lain.

Bayt yang digelar fantasyiru itu semestinya menjadi sunyi sepi selepas program Malam Bersama Ukhwah [mambu] yang telah menghimpunkan hampir 50 (baca : lima puluh) orang du'at dari seluruh pelusuk bumi anbiya ini.

Tiba tiba..

" Salam akhi.. nta kat mana ni? " seorang dari mereka yang sebaik sahaja keluar dari bayt fantasyiru itu cuba menghubungi seseorang

" Ouh, On the way nak balik rumah. awat? " menjawab dengan penuh sempoi

" Tak de, saje je nak ajak nta pergi ziarah rumah Wan " itu antara tujuan asal dia menelefon saudaranya

" Humm.. nta dengan siapa tu? ana sekali ngan ahli rumah ana ni " bertanya seolah olah untuk mengajak lebih ramai bersama pergi berziarah

" Ana sekali dengan Karim dan Jazlin. Ok kita jumpa terus dekat bawah rumah dia " telefon diputuskan

tut tut tutttttt..

Mereka berkumpul di satu kawasan berhampiran dengan rumah Wan, saudara mereka yang kurang sihat.

" Assalamu'alaikum "

" Wa'salam w, jemput masuk semua " pelawa seorang ahli rumah Wan ( bukan Ikhwah )

" Apa khabar? eh., Wan ada tak? rasa macam dia tak sehat? " bertanya seorang dari mereka kepada sahabat serumah dengan Wan

" Oh.. ada je. cuma die kurang sehat sikit macam korang tahulah " menjawab persoalan mereka

" Jemputlah masuk bilik, dia ada kat dalam tu " mempelawa sahabat serumah Wan yang mengetahui geng yang datang ni bukan calang calang orang, tapi semua hebat hebat dan masyi dalam selok belok agama dan dakwah.

Kalau setakat isu murtad dan syirik ni bagi mereka ada perkara dan situasi yang paling senang untuk diuruskan.. begitulah tahapan akidah dan kekuatan ibadah mereka amalkan sehingga menjadi seorang yang sangat memahami agama setiap daripada mereka. Mereka sangat digeruni dan dihormati oleh sesiapa sahaja yang berkenalan dengan mereka.

" Salam'alaik Wan " menyapa salah seorang dari mereka

" Eh.. laa.. antum datang ni buat apa? buat susah susah je dengan buah tangan dan sebagainya " Wan dengan perasaan serba salahnya bertanya

" Alah bukan siapa pun Ikhwah kami juga " tersenyum semua seolah olah tiada apa yang berlaku hanya ceria

" Macam mana mambu semalam? bereh? " bertanya lagi Wan atas rasa bersalah tidak dapat hadirkan diri

" Alhamdulillah, semua baik baik.. cuma malam semalam ruhiyy sikit dari biasa sebab syeikh kita baca siap dengan menangis lagi " berceloteh lagi sorang dari kalangan mereka

" Wan kiteorang harap nta cepat sembuh untuk terus bersama dengan perjuangan ni " harapan dari wakil ikhwah yang hadir

" InshaAllah.. Ameennn.. doa antum diperlukan "

" Kiteorang balik dulu ye? InshaAllah jumpa esok di jamiah ( baca : universiti ) "

" InshaAllah kalau badan ni dah rasa ringan sikit " tersenyum semua dengan senyuman macam ^_^

Semua beransur dan rumah Wan kembali sepi selepas pulang semua mereka yang kecoh dan sangat menggembirakan

Lalu Wan memikirkan kenapa aku tak pilih duduk dalam Rumah Islam., kalau tak mesti seronok sambil memerhatikan langit disebalik tingkap biliknya yang membiru dikela fajar menjelma

Rumah Islam pasti memberi satu nikmat yang bukan semua rumah di duniaa ni ada.. menitik air mata kaca Wan ketika mengamati keseronokan dan setiap detik bersama ikhwahnya dan sesalnya kerana bersikap degil dan ego terhadap ikhwahnya yang lain.