Monday, 12 September 2011

berlabuh layar, bertukar angin

بسم الله الرحمن الرحيم 

Salam perantauan, “kenapa perlunya tuntut ilmu? Kenapa aku yang akan bermusafir? Adakah aku akan pergi sangat jauh, jauh dari kekuatan yang sedia ada. Ya Tuhan, apa yang harus aku lakukan.” Inilah yang sentiasa bemain dibuah fikiran ana. Tetapi bagi manusia yang normal dia tidak seharusnya bertanya soalan sebegini rupa rasanya., tapi di sini ana nak menerangkan kepentingan ilmu. Adakalanya kita ini sering terlupa. Ana pernah tengok cerita ‘believe it’s or not’, seorang yang diiktiraf sebagai raja hafalan telah ditemu bual. Akhirnya dia sendiri mengaku yang dia pernah terlupa. Lihat, siapalah sangat manusia ni. Mudah sangat melakukan kesalahan dan kadang-kadang terlupa. Maka ana ingin mempertegaskan bahawa ilmu sangatlah penting, lagi-lagi di alam remaja(bln 12 nanti baru masuk 18thn usia belia). Oleh itu semua manusia ada matlamat mereka sendiri macam PhD, Master, Prof dll tetapi mereka terlupa apa yang lagi penting dari perkara semua ni.


Kita kadang-kadang terlalu mahir atau ‘powerlahkan’ dalam bidang yang kita belajarkan. Kalau macam ana akan ambil usuluddinkan, mungkin juga ana hebat dalam bidang ana. Tapi bila ditanya tentang sejarah??ha? jawapan seorang Prof usuliddin suatu hari nanti “sejarah bukan dalam bidang analah, tanyalah orang yang dalam bidangnya.” Tidak dinafikan memang seperti itu jawapannya tapi biarlah jawapan seperti itu dijadikan akhir kalam kita seperti“…….itu jelah yang ana tahu, kalau nta nak lagi tahu tanyalah orang yang pakar dalam bidang ni.” Apa yang membezakan dua jawapan ni? Maksud di sini apabila kita hendak belajar biarlah kita tahu semua perkara dari semua bidang., jangan jadi tahu semua perkara dalam satu bidang.


Biarlah kita menjadi seorang yang ilmunya luas., apabila menjadi doctor tidak semestinya tidak boleh menjadi mufti. Ingat Pengerusi Ulama’ dunia Prof Yusuf al-Qaradawi merupakan orang yang sangat luas ilmunya., beliau mampu mengeluarkan hukum berdasarkan keperluan sekarang dan mencakup pelbagai bidang. Akhirul kalam, ana berharap jangan kita biarkan ilmu yang kita perolehi tidak memperolehi keberkatan kerana tanpa keberkatan bagi seorang yang beriman kepada al-Quran, seperti  mendapat ilmu tetapi tidak berjaya dalam hidupnya. Dan doakan agar ana selamat pergi dan balik di Jordan kelak 14hb sept. 2011 bersamaan 15 Syawal 1432 ana akan melabuh layar dan bertukar angin ke bumi anbiya’. Jzk .



No comments:

Post a Comment