Tuesday 8 May 2012

sayang kamu kerna Dia ^^

wah ! macam gelikan tajuk di atas ni ? haha
*tajuk dia mengelikan tapi intisari sangat berseri seri ..


[kredit]

Dalam beberapa hari ni , perangai tingkah laku pergaulan setiap orang banyak meninggalkan sejuta tanda tanya [?]

al-makruf wa maklum .. kepada semua ..

Allah wujudkan kita di dunia punyai dua tujuan yang tidak asing bagi kita ubudlillah dan khalifah .

Dalam kita memahami dua tujuan ini , seharusnya seorang muslim itu mengetahui ciri ciri dan krakter seorang muslim dahulu . wajib tahu .

Tidak dilupakan juga untuk mengikat hubungan dengan Allah sebaik mungkin kerana dahulu telah berjaya diserang dengan serangan pemikiran .. gf .. maka diperkemaskanlah hubungan itu .

Seterusnya , disebabkan terasa sangat bersyukur di atas pemahaman islam yang mendalam dari Allah ( tarbiyyah dari Allah ) .. maka telah bersiapkan diri ini untuk dikorbankan kepada agama-Nya . setuju ?

Untuk kali ini , permainan bukan lagi untuk main main . tapi perlukan komitmen yang mantap , persiapan dari seluruh aspek tubuh badan , rohani , intelek dan keseluruhannya juga amat diperlukan untuk memastikan bende berat dari langit berjaya dipikul . faham ke ? oh itulah dia Da3wah .

Bila sudah merasa , tiba masa pula untuk memberi semula .


Itulah dia tentang dunia . konsep yang simple .

Dahulu Rasulullah juga buat perkara yang sama .

Memusnahkan berhala dalam diri para sahabat , tiba tiba yang musnahkan berhala sebenar benar berhala .. sahabat yang dulunya menyembah berhala tersebut .. simplekan :)

Kita juga konsep yang sama ., memastikan berhala yang dibina dalam diri umat Islam hari ini hancur lerjun dengan pembinaan tapak iman yang teras . pening dah .

Maka dakwah ini bermula dari dalam ke luar . mana mungkin Rasulullah berdakwah secara terbuka tiba tiba nak rahsia .

konsep yang sangat simple simple


[kredit]


^^ pengharapan di sini mengharap agar seluruh insan menyelesaikan masalah akidah mereka dahulu . hoho . kembali memahami agama dan tidak perlu belajar sekadar fahami .

^^ juga mengharap agar pembinaan kita berteraskan akidah islamiyah bukan melontar bom di pusat membeli belah . bila ditanya mengapa buat begitu ? owh saya ingin berdakwah kerana ada orang couple di sana . hurm .

^^ tidak kesahlah dakwah itu seperti mana yang diinginkan . belog ke , vilog ke , monolog ke , berusrah = berumah tangga . yang penting tujuan dan matlamat adalah mengembalikan nilai dan ruh islam dalam diri setiap muslim dan manusia secara amnya .

Panjang lebar dihurai , satu pun tidak terantai dengan tajuk kat atas tu . huh


Bila hubungan kita(makhluk) antara Allah(Khaliq) sudah mencapai tahap kesempurnaan . huhu . boleh capai ke ? bolehkan ?! . Maka sudah tiba masa untuk pengorbanan jiwa raga dan harta bermula .

Dahulunya beribadah bukan satu kewajipan , kini tidak lagi kerana ibadah adalah satu tuntutan agama terhadap diri ini .. dan bila memahami Islam itu perlu diangkat dengan mengalas tugas yang berat , maka jiwa ini mula tergugat takut takut tak mampu buat .

Sunatullah itu tetap dan tidak sesekali akan berubah . Mana mungkin bumbung rumah yang lebar dan berat mampu ditampung dengan sebatang tiang konkrit dan made in Germany . 


Maka insan yang hatinya bersatu dalam satu robitoh yang kuat akan mencari kesefahaman dengan insan yang lain untuk menuju redha Allah . maka diikat dengan tali ukhwah islamiyah pula .

Tidak semudah itu , manusia bersama manusia bukannya Tuhan . banyak kekurangan dan banyak juga salah fahamnya . kadang kadang terasa kecewa , dan merasa fitrah sebagai seorang manusia . kelemahan dan kekurangan sentiasa disekeliling pinggang .

Dan bila mana hati mempersoalkan , kenapa dia buat macam ni ? argh .. maka syaitan bukan satu malah seribu akan cuba mengugat iman yang kuat muat pada asalnya .

Baik kau bawa Islam bersendirian ? Tinggi ganjaran di depan Allah kerana kau menaikkan Islam dengan diri kau sahaja . hebat kabus yang diberikan syaitan kepada hamba-Mu .. samar mata ini ..

Maka hari demi hari ditempuh . perkara yang difikirkan dulu semakin bertentang arah . masyarakat makin sesat tiada pemberi peringatan . maklumlah seorang dalam seribu . pendakwah juga manusia .

Sebab itu Rasulullah bersama para sahabat . hubungan manusia dengan manusia sangat penting kerana kita nak pergauli dengan manusia juga . tidak hairan makin lama makin ramai yang tersungkur kerana amal jamaie tidak teracak dalam rentak dakwah dan tarbiyyah mereka .

Saban hari , terfikir .

Jika tidak diri ini yang ingin memberikan kefahaman tunjuk ajar beragama berlandas quran dan sunnah dan pelbagai tentang penerapan nilai dan ruh islami . mungkin orang lain akan mengambil tempat di sini .

Dan bila mengalas tugas ini pastikan sentiasa pegang erat tangan bersama agar mengharungi jahiliyah moden , dan segala ideologi dengan kekuatan ukhwah islamiyah yang diajar dari Qudwah Hasanah Rasulullah saw .

jom turut serta 

^^ kami juga manusia seperti anda , cuba memahami Islam malah menyebarkan cinta Ilahi ini ke seluruh muka bumi ini .

^^ untuk makluman semua manusia juga banyak kekurangan dan punyai kelebihan . andai terkurang maaf kalau kelebihan itu rezeki dari-Nya ., mohon saling beringat nanti . cepat bahtera ini ingin bergerak sudah .

^^ malah genggam erat tangan ini . tetap hati ini pada yang satu malah menguatkan kami antara satu dengan yang lain .

saudaraku , kuhadirkan wajahmu dalam doaku ~

" kami mendapat cinta dari langit untuk disebarkan ke seluruh muka bumi Allah ini "

5 comments:

  1. salam wbt akh...

    just nak bertanye.. sebab takde ruangan nak email so ana tules kat sini jelah ye...

    header enta kat atas tu tulis 30:2. afwan kalau ana tersilap tapi ayat tu surah Al-Baqarah (2) ayat 30 kan, tujuan penciptaan. selalunye akan tulis surah no berapa barulah no ayat kan. surah 30 tu surah ar-rum. afwan ana menegur di sini, nanti enta boleh la delete komen ni ye. jazakallahu khoyr (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. nta menegur , ana membetulkan .

      semoga ana akan mengenal nta akhi ^^_

      Delete
  2. subhanallah. smoga enta tsabit atas jalan ini :)
    teruskan menulis, sebar bahagia. moga jadi hujah di sana kelak :)

    oh dan header tu sgt style 8)

    ReplyDelete