Seharusnya perjalanan itu terasa sangat panjang dan sentiasa memerlukan kesedaran untuk menghadapi setiap tribulasi dan tomahan yang melakari perjalanan yang panjang ini. Di sini, ana hendak menyeru kepada sesiapa sahaja yang membaca blog ni yang banyak menceritakan kehidupan remaja yang berada di bumi anbiya’ dengan TUJUAN YANG SATU.

Tidak kisah di mana anda berada sekarang ini. Satu persoalan yang seharusnya kita jawab. Kenapa aku masih hidup? Apa yang sepatutnya aku capai dalam hidup ini? Dan yang terakhir apa yang aku kejar di dunia sampaikan semua orang sibuk dengan kehidupan mereka? Persoalan ini tidak boleh dijawab selagi mana tujuan kita itu hanyalah JANNAH. Bukan mudah untuk merungkai satu perkataan yang sangat simple yakni DAKWAH. Kenapa agaknya dakwah ini sangat terbiasa dalam masyarakat kita. Tapi pernahkah kita terfikir susah ke senang da3wah ini? Kalau susah itu bukan jawapannya, kalau senang itu pun bukan jawapannya kerana kita sendiri harus merasai kesenangan dal kesusahan dalam berjalan di perjuangan ini. Selagi mana di dunia yang nyata ini pemikiran kita masih berfungsi dengan baikgunakan dan carilah di mana Matlamat kita kerana tujuankusatu adalah kehidupan yang sebenar. Jawapan mudah ambil lah islam itu keseluruhannya.
Akhirul kalam, di bumi anbiya’ hanyalah perbezaan tempat kalau ingin mengatakan ana di bumi anbiya’ tapi sejauh mana penhayatan kita semua bergantung kepada KITA kerana kita yang hidup. Yang susah kita bukan orang lain akan hidup untuk kita. Ayuh sedar bahawa kesedaran sangatlah penting.
kesedaran terletak pada diri bukan tempat..
ReplyDeletetp tempat main peranan bagi membentuk biah solehah.. :)