Wednesday, 21 September 2011

kembali kepada-Mu

بسم الله الرحمن الرحيم
Sepanjang perjalanan yang panjang telah ana lakukan satu kesilapan yang sangat besar. Menyesal tidak berguna lagi. Hanya mampu mohon keampunan dari Tuhan yang Maha Agong yakni Allah dan tidakpernah  melupakan ana selama ini. Sentiasa setiap manusia itu akan melakukan satu kesilapan kerana kita ditakdir sebagai manusia. Mohon ukhwah terjaga dan sentiasa disantuni dengan pergerakan tarbiyyah. Sepanjang seminggu cukup gelisah dan ibarat laying-layang terputus talinya sepanjang di Jordan, moga tidak mudah kufur dengan nikmat dunia yang sangat pandai mengambil perhatian untuk kita lupa bahawa nikmat udara, nikmat anggota badan dan segala nikmat yang terdapat dalam diri setiap insan yang disantuni dengan pelbagai wasilah tarbiyah.


Jangan kita asyik mempertikai kenapa dakwah itu terbantut? Padahal kita sendiri sedar bahawa kepentingan dakwah itu sangat penting. Bergeraklah walaupun ujian sebagaimana diberi dan jangan menjadikan alasan sebagai hujah kenapa pergerakan terhenti?. Mohonlah keampunan dan kuatkan hati. Sentiasalah menjaga hati, menjaga mata, menjaga setiap sudut agar peluang untuk makhluk yang tidak sepatutnya memberi perintah, tapi kita mendengar perintah dari mereka (nafsu dan syaitan. Semoga itu tidaklah kita bertakhtakan mereka yang tidak layak untuk dipertakhtakan kecuali Allah yang sangat luas ilmu-Nya.

3 comments:

  1. Allah membantu hamba yg membantu diri mereka:)

    ReplyDelete
  2. terus perjuangan, jangan sempitkan konsep tarbiyyah,Pak IHAB mulakan dakwah IM dengan 6 org aje ..... sentiasa mohon bantuan ALLAH dengan bermunajat di malam hari.

    ReplyDelete
  3. يأيها الذين ءامنوا إن تنصروا الله ينصركم وبثبت أقدامكم

    ReplyDelete