Thursday, 15 September 2011

Perjalanan yang tiada noktahnya…

Ingin mengambil ibrah dari setiap apa yang berlaku ke atas diri ana yang terasa sangat bersyukur kepada Allah S.W.T yang telah banyak memberi kesempatan ke atas diri ini untuk terus meneliti setiap apa yang berlaku di dunia ini. 14hb Sept. 2011 bersamaan 15 Syawal 1432 telah berangkat beberapa ikhwah yang pertama kali berjauhan bersama keluarga tercinta termasuk diri ana. Andai tiada tuntutan untuk umat manusia ini bahawa ilmu adalah cahaya di kehidupan yang gelap, akan ana pilih untuk terus berdekatan dengan keluarga tercinta. Tapi itulah hakikat yang kita harus terima bahawa iman seseorang itu tidak akan teruji apabila dekat dengan kekuatannya.

Kuala Lumpur International Airport- Ana bangun pukul 6.20pg (waktu Malaysia) dan orang yang terakhir bangun di rumah pukul 7.00pg. pagi yang sepatutnya tenang tiba-tiba menjadi haru-biru dengan kejut-mengejutnya, pekikan demi pekikan dan pelbagai kerenah yang lain. Perjalanan ke KLIA sangat mendebarkan dengan jalan utama(tanpa tol) berkemungkinan sesak teramat kerana terpaksa melalui Putrajaya. Dan akhirnya pemandu professional telah mengambil keputusan untuk melalui Lebuh raya LEKAS kajang-nilai. Dan akhirnya  tiba tepat di KLIA jam 7.45pg waktu Malaysia. Sangat tidak disangkakan bahawa ana akan pergi jauh meninggalkan keluarga, ukhwah, dan  segala-galanya di Malaysia.

Bahrain – ana sampai tepat jam 1.15 ptg waktu Bahrain., Malaysia dalam pukul 6ptg. Ana telah menetap sebentar di Delmon hotel. Hayati gambar sepanjang transit di Bahrain.
Magrib di bahrain pukul 5.45ptg dan isya' pukul 7.15 subuh pukul 4.05pg :)   
































No comments:

Post a Comment