Setiap pertemuan pasti akan berlaku perpisahan, mungkin seorang sahabat dengan sahabatnya, mungkin juga seorang ikhwah dengan ikhwahnya. Tapi kisah itu tidak perlulah dipanjang-panjangkan kerana itulah dia sunnatullah yang telah ditetapkan kepada setiap manusia dan sebagai manusia kita kena terima dan redha.
Jordan negara yang sedang dalam proses pertukaran cuaca telah menjadi sangat mendung dan berubah suram kota besarnya yang biasanya riuh dengan gerak kerja ikhwah dan setiap pergerakannya yang cukup bermakna. Mungkin ada sesuatu yang telah berlaku?. Suram sepi ini tidak mampu untuk ditafsirkan apabila Turkey cuba mengambil kekecohan ikhwah di Jordan dengan mengorak langkah maju.
“Dia sudah mahu pergi?”, oh ye ke? Biarkan dia pergi kerana itu adalah jalannya. Masih panjang perjalanan kita di sini untuk menjadikan bumi anbiya’ ini di jaga rapi dengan islamnya dan imannya. Setiap perkara itu harus diterima dengan redha ikhwah sekalian, tidak perlulah mencurahkan air mata untuk seorang yang kita rapat kerana di akhirat kelak beratus-ratus, berjut-juta orang akan menangis kerana kita tidak dapat mengislahkan dan berdakwah kepada mereka. Seandainya kita sebagai seorang yang tidak dapat menerima apa yang berlaku pada kisah ini?tidak perlu takut dan tidak perlulah bersedih berlebihan kerana tiada guna kita berlau sedemikian melainkan mencari hujah manusia terhadap kita.
Maka sentiasalah kita memperbaharui niat dan iman kita untuk sentiasa menjadikan hati kita ini sentiasa basah dengan perkara-perkara yang global, jati diri yang qowiy untuk menjaga setiap kemungkinan yang berlaku dan jiwa yang ruhi dalam mencapai sesuatu.
Nasihat ana di sini, jangan kita hanya duduk sendirian memikirkan apa aku hendak buat, tapi fikirkan aku nak ajak siapa sekarang ni? Benda yang lepas tidak perlu di kenang, benda yang terjadi terus terjadi.
Andai kau mengerti apa yang terkandung dalam setiap penulisanku ini. Maka sentiasa ingatkan kami dan bergeraklah demi bekalanmu kelak.
jangan nak berdiri sangat ye
ReplyDelete[ mafhum mukhalafah ]
tak sama org yg duduk dan berdiri....
ReplyDeletesyukran ya akhi farisul islam....uhibbuka fillah akhi!!
ReplyDelete