بسم الله الرحمن الرحيم
Setiap insan pasti akan pernah merasa gembira dalam hidupnya walaupun dia dari golongan mana pun. Itulah nikmat yang Allah berikan kepada kita. Tapi kita seharusnya kita sentiasa ingat bahawa kita akan sentiasa di uji dengan pelbagai ujian selepas kedatangan nikmat yang Allah berikan, dan sebagai seorang yang sentiasa merasakan dirinya itu mempunyai matlamat yang khusus dan tidak pernah lekang dari menyampaikan berita gembira akan sentiasa muhasabah menjadikan Allah itu jalan penyelesaian dan ukhwah itu satu kekuatan kerana kadang-kadang kita sendiri terlupa dengan kesenangan yang kita alami selama ini mampu untuk menjatuhkan diri kita dalam pelbagai jurang.
Berita gembira yang ana ingin khabarkan kepada semua manusia dan khususnya seagama dengan ana bahawa kita ada satu prinsip dan tujuan yang kita lupa. Kadang-kadang mata ini sentiasa dipenatkan dengan pelbagai kerenah manusia yang sangat unik. Andai kita tidak dapat melihat itu,marilah bersama-sama kita menilai kemana hidup kita bersama kerana setiap saat kita adalah berharga dan akan dipersoalkan. Maka jangan lepaskan peluang untuk bersama memerhatikan kehidupan manusia yang sangat unik. Dan untuk melengkapkan hidup kita sebagai seorang manusia, seharusnya kita mencari keseronokan dan kegembiraan seperti dapat melihat kerenah manusia, melihat ciptaan tuhan dan sentiasa berfikir dan pelbagai lagi. Tetapi untuk mencari keseronokan dan kegembiraan itu pastilah kita akan melalui kepenatan, kesedihan dan pelbagai tomahan dan kekangan di dalam menghadapi kehidupan yang seronok itu.
Tidak perlu kerana aku mempunyai ISTERI yang cantik, kaya dan keluarga terkenal. Malah aku juga seorang yang mempunyai kehidupan yang mewah. Seterusnya harta yang bertimbun sampai ke-7 generasi pun pasti akan merasai hartaku ini. Dengan kehidupan ini yang kebanyakan manusia akan berfikir bahawa akan menjanjikan kebahagiaan. Dan mereka mampu untuk berkata aku sudah puas dengan kehidupanku sekarang.
jangan nak duduk sangat ye
ReplyDelete[ mafhum mukhalafah ]
eh , sori silap tempat . heh
ReplyDelete