Monday, 28 November 2011

Di mana bumi tarbiyyah dipijak, di situ langit dakwah dijunjung


(Sebelum nak baca, bismillah n play for lagu)

Hari demi hari terus berlalu, jalan demi perjalanan terus ditempuh,

Dan setiap insan itu tidak akan hanya akan berdiam diri pada satu tempat sahaja tanpa melakukan apa2.. . . . sehinggakan NYAWA diri yang lemah ini diangkat mengadap empunya roh. Hakikat yang sepatutnya kita terima andai tinggal di bumi Allah yang paling terbaik ciptaan-Nya dan jangan sesekali kita ingat bahawa tugas kita hanya terhenti sampai kematian yang zahir di bumi yang fana ini.

Tapi masih panjang perjalanan kita sebagai seorang yang sangat mencintai Allah dan Rasul-Nya apatah lagi ad-deen yang cuba kita bawa untuk dituntun cantik oleh seluruh manusia yang mempunyai hak masing-masing. Seharunya kita sebagai hamba yang sangat ruhiy, qowiy dan juga basah tidak mudah terlupa akan peristiwa dan kisah yang sangat tinggi nilainya dalam hidup sabagai indiviDu mUslim. Mencari ibrah sangatlah penting kerana setiap perkara yang berlaku jika tidak di ambil ibrahnya maka ia akan terus berlaku dan terus berlaku.

Adalah menjadi satu fenomena yang sangat kerap berlaku dikalangan manusia di muka bumi ini ialah melupakan sejarah dan sirah para anbiya’(bg umat islam). Sering kita melupakan satu peristiwa yang sangat penting sebagai seorang yang sedang berbai’ah dengan prinsip menjadi abid di muka bumi ini dan khalifah yang memakmurkannya.
1muharam detik permulaan, berhijrah umat islam dari mekah ke madinah memastikan dakwah dan islam( ikecik) terus sampai kepada manusia yang akan mendatang dgn penuh cabarannya, mehnah tribulasinya dan pelbagai tomahan yang melanda. Andai tiada peristiwa ini, tiadalah orang yang cuba mengarah video tentang islam, post di facebook tentang islam(ikecik). Alhamdulillah kita umat yang sangat special nak dibandingkan dgn umat lain kerana masih ramai yang member peringatan kepada kita.

Sentiasa memastikan kita peka dengan perkara yang berlaku disekeliling kita kalau hendak menjadi yang terhebat haruslah menjadi orang pertama dalam pelajarannya, dalam pengetahuannya, dalam sirahnya, dalam tarbiyyahnya. Mohon kekuatan dari semua manusia yang berbai’ah dgn tugasan yang ditetap dalam quran (ibadah n khalifah), juga dipohon menjaga 6 perkara yang disebutkan post yang sebelum ni, dan menjadi orang yang member peringatan dan sentiasa terima peringatan kerana itulah sifat yang terbaik sebagai seorang yang terbaik. Contohilah orang seperti Pak cik2 yang sangat hebat spt syeikh qutb, pakcik ihab, engineer fathi yakan dan sebagainya . mereka ruhiy, qowiy dan basah dalam semua perkara dalam memastikan islam itu menjadi terunggul seperti al-quran membasahi hati umar dan sifat abu bakar membenarkan semua Rasulullah cakapkan kerana hatinya sudah bertaut dgn sifat yg ditunjukkan seperti al-quran sendiri. jzk

2 comments:

  1. manfaatkan diri utk berkhidmat kpd Allah,Rasulullah dan umatnya.Good post akh:)

    ReplyDelete
  2. ambil 'ibrh dari setiap peristiwa yg berlaku..
    jika tak sia-sia lah perkara tersebut.. ^_^

    ReplyDelete