Friday, 25 November 2011

:: A L H A M D U L I L L A H ::


بسم الله الرحمن الرحيم

semakin jauhku dari-Mu,
semakin dekat pula Kau menghampiri aku,
oh..Tuhan kau maha Pemurah,
siapa diriku di hadapan-Mu

apabila teringat akan lirik lagu yang berjaya di dendangkan oleh kumpulan in-team ni, baru teringat akan diri kita yang sentiasa leka, alpa dan terpesona dengan kehidupan yang sangat kita puja. At same time, kita akan merasakan seolah-olah hati kita cukup dekat dengan Allah dan selalu merasakan bestnyer dapat hidup dalam biah solehah. Sangat hebat seseorang itu apabila dia dapat hidup seolah-olah Allah sentiasa bersama dengan dia.

Tapi ini yang sering berlaku dalam fitrah sebagai seorang manusia yang sedang membawa segulung kertas ceria yang sangat tersusun untuk diceritakan apa yang ceria sangat? Sehinggakan dia terlupa siapa yang menceriakan diri dia selama ni. Andai kita ingin membawa satu perkara yang penting, macam. . . (emmm) DUIT JD 1million(macam bnyk sngt) ., ok! sekelompok pelajar Malaysia ni harus mengagih-agihkan kepada semua pelajar yang ber’title’kan Malaysia duit  JD 1million ni. So dalam masa yang sama dia akan mendapat percent yg tinggi dalam duit yang dia nak bawa sangat tu dan diberi satu tanggungjawab kalau sesiapa nak bawa duit ni ke ikut apa yang Pak IHAb ni suruh untuk cara pengagihan lebih tersusun dan dia hidup zaman tu juga. Tapi dalam seronoknya dia dengan membawa duit tu, sampaikan dia terlupa siapa yang bagi duit tu kat dia?

Di sinilah mengajar kita kenapa kita hidup dunia ni, dalam masa yang sama kita nak membawa segulung kertas gembira kepada sesiapa yang nak dan tanpa melupakan siapa yang memberi kita kertas tu. Malah Pak IHAb(ketua yang kena pastikan kertas tu sampai kat semua orang) juga ada sebut tentang kita punya kertas yang kita dapat ni, nak tak nak kena ingat dan masa nak bagi kat orang tu sentiasa terbayangkan bahawa sangat berat keras itu kalau kita tak lakuakan tanggungjawab yang diberi oleh empunya kertas. Seorang pembawa kertas ini telah berjumpa dengan pembawa kertas yang sorang lagi ni, dia memberitahu apa yang sangat penting sepanjang membawa kertas ni(situasi sangat popular dikalangan pelajar Malaysia di urdn [mat’am jamiaah]). Dia telah menasihati kepada pembawa kertas tadi bahawa dalam hidup membawa kertas ceria ni ada 6/six/sittah perkara kena jaga.
  •  Melakukan senamrobik di waktu dhuha sahaja.
  •  Menjaga senamrobik di pagi buta.
  •  Sentiasa ingat dalam kertas tu ada buku tah apa nama dia (mana yang kena utamakan dahulu camtulah).
  •  Manusia mana yang takmakan tapi kenyang, siapa yang tak minum tapi hilang dahaga.
  •   Kitab dari langit kena jaga.
  •   Tadah air guna tangan kena jaga.
  •  La tahzan, inallahama’ana.

Maka sebagai orang yang terpilih membaca suratan takdir dia di sini mohon tolong sangat faham apa yang ingin di sampaikan. Sebab kadang-kadang perkara yang seronok tu akan menjadi masalah bila kita salah guna dan semakin hebat seseorang itu semakin banyak orang yang jeles dengan dia. Maka juga di sini mohon kemaafan kepada sesiapa yang tidak berjaya memahami apa cerita ini. Hakikatnya situasi ini dapat di rasai di urdun sahaja, ambil ibrah yang baik dalam cerita ini. 

2 comments:

  1. salam~ huhu! tinggi benor bahasa!! by the way, faham la jugak apa yg nk dismpikan.. hee~! but still perlukan penjelasan okay!

    semoga jd pembawa kertas gembira yg terulung yg excell dunia akhirat tau! ^_*

    jage 6 perkara tu!

    -fefa-

    ReplyDelete