Tuesday 21 February 2012

kita perlukan air syrup



air syrup projek mega

wah ! sedapnya air syrup . . air yang sentiasa dirindui oleh para pelajar di luar negara nun di sana terutama Jordan .

sebagai seorang manusia yang normal dan ber'fitrah' , seharusnya dan diharuskan oleh manusia untuk meminum air untuk meneruskan hidup mereka lagi sedap minumlah air syrup

air ibarat nyawa kepada badan dan syahadah dalam agama . sekadar menunjukkan betapa pentingnya air terutama Air Syrup ! dahulu .


kadang-kadang dalam hidup ini ,


kita akan merasa seolah-olah sudah sempurna dan sudah lengkap dengan berbekal amal fardhi kita .

malah akan terasa lebih qowiy dan ruhiy apabila amal da3wah yang berjaya dan bergaya dapat disempurnakan dengan mantap .

sehingga wujud perasaan ikhwah lain x-buat kerja pun ? ana dah sampai ade usrah dan ber-DF-DF dah sikit lagi sampai tahap Ust Salam (femes dikalangan ikhwah akhowat) .



aduhai ikhwah wa akhowatil kirom !

jangan fikir kita sudah sampai tahap kesempurnaan tarbiyyah itu dalam masa sangat pantas dan advance .

^^ tidak akan hebat seseorang itu kalau dia tidak menjaga hatinya seperti mana sahabat dijaga hati mereka oleh Rasulullah .


kisah sirah .


seorang sahabat bernama Abu Zhar ra , telah memanggil sahabatnya yang lain iaitu Bilal bin Robah ra dengan gelaran yang tidak disukai oleh sahabatnya itu .

dia telah memanggil Bilal dengan gelaran wahai ' anak hitam ' . . . . ( tersentuh hati Bilal ) mungkin dengan niat untuk bergurau atau bersahaja saja .

tapi ingin diceritakan di sini , bagaimana Rasulullah mendidik para sahabatnya dengan sekecil-kecil perkara .

Rasulullah berkata " wahai Abu Zhar , dalam diri kamu masih terdapat Jahiliyyah " . . (huhu) T.T

Jahiliyyah apa lagi yang ada dalam diri Abu Zhar ini . sahabat ni selepas masuk je ke dalam kandang Islam itu sendiri , dia teus ke pintu Kaabah dan memberitahu bahawa dia sudah masuk Islam .

selepas itu dia dipukul sehinggakan nyawa-nyawa ikan dan setelah sembuh diulangi perkara tesebut untuk menunjukkan bahawa masih wujud umat Islam di Mekah 


Itu baru sahabat yang sangat memahami Islam dan masih mempunyai jahiliyyah yang bersarang dan akhirnya dia ber-taubat dan ikhwah dan akhowat yang dirahmati sekalian macam mana kita ?


sambung hadaf . . .

dengan itu ,

kita sangatlah memerlukan tarbiyyah sampai ke hujung hayat kita malah tarbiyyah untuk penyatuan bukan perpecahan .


kita juga sangat-lah membuntuhkan ikhwah dan akhowat terutama Rijal untuk melangsungkan keberkesanan dalam tarbiyyah
- dengan Ukhwah Islamiyyah yang sebenar-benarnya !

kita sentiasa bersama dikalangan orang yang tersenyum dengan  kerja da3wah kita


malah ad-Deen Islam ini tidak dapat disebarkan atas usaha seorang individu muslim walaupun seorang Rasul yang membawa secara sendirian ?

Rasulullah memerlukan para pendokongnya seperti Abu Bakar r.a , Umar al-Khatab r.a , dan sahabat sulbah yang lain untuk memegang panji Islam dan risalah agama ini .

tidak akan mampu sekadar bersendirian tanpa orang rapat dan kesefahaman dengan kita . . .


kuh3


^^ masih belum terlambat untuk kita memilih yang terbaik kerana masih panjang jalan kita ini .

^^ dan pastikan hati semua ikhwah dan akhowat menjadi hati yang sangat bersih ; x-murobbi ana pernah tulis " bawa bersama hati yang lapang dan ikhlas " . . . x-murobbi ana seorang yang sangat ruhiyy . . .

^^ dan sedarlah bahawa nilai sebenar ukhwah kita adalah nilai hubungan kita dengan Allah kerana apa ?
kerana hati umat Islam di-ikat-kan atas akibat iman mereka sendiri .

^^ kita-kan bersama tersusun dalam satu barisan , tidak kehadapan sedikit atau kurang , malah antara kita ibarat "batu-bata yang disusun rapi untuk memastikan tangga 7Maratib Amal itu kukuh , dan seterusnya Khalifah ditegakkan dan tidak ada lagi fitnah di muka bumi Allah ini "

^^ kita sendiri boleh menilai betapa penting air syrup itu dan air syrup itu adalah 
tarbiyyah  =syrup ,
 da3wah = pandan 
dan ukhwah = gula yang kita rasa kemanisannya . . . jzk


نحمل الخير لكل الناس

" kami mendapat cinta dari langit untuk disebarkan ke seluruh muka bumi Allah ini "





No comments:

Post a Comment