Sunday 1 April 2012

perjalanan masih diteruskan

ini sahaja jalan yang ada
semakin lama , semakin sedar diri ini semakin tua dengan masa yang berlalu sedikit demi sedikit .

sudah berbelas-belas tahun , berpuluh-puluh tahun dan beratus tahun ( jika dipanjangkan umur ) hidup ini masih tidak ada perubahan . hanya luaran yang bertukar tapi secara hakikat dalamannya ...

ibarat roda yang berpusing dan melakukan perkara yang sama jika dimuhasabah kembali kehidupan ini .

tetapi bagi golongan hati-hati yang bersatu mereka sangat susah dan payah , kerana kehidupan mereka sentiasa dilanda ombak keperitan dan penderitaan hati itu semua kerana mereka mempunyai kekuatan mereka yang tersendiri

tetapi dalam keperitan dan kepahitan itu akan dikongsi apa yang mereka lalui sepanjang hidup mereka ,

*mengapa persoalan ini kadang-kadang sering bermain difikiran oleh aktivis jalan ini ( mungkin hasutan dari Syaitan ) 


sebab apa aku ikut dakwah dan tarbiyyah ? sedangkan macam tiada apa yang berubah dalam hidup aku ini ? new followers


jawapan hati : tak pe la , sekarang ni kau ikut je .. nanti bile rase nak keluar , keluar jela .


kenapa ikhwah selalu sangat memperlekehkan aku ye ? apa silap aku kat dieorang ? caring terlebih


jawapan hati : inilah die dugaan dan ujian yang kau kena hadapi , sekarang kau lakukan atas apa yang ada dalam fikiran kau je , jgn fikir soal mereka lagi .


kenapa dakwah dan tarbiyyah kat sini lambat ye ? padahal dulu aku seorang yang laju dalam memandu kenderaan ini . kononnya penggerak


jawapan hati : tak pe , buat apa yang termampu dan pastikan kita ini seiring dengan persekitaran kita .. be slow and steady .. relax dan jgn bnyk fikir sangat .




ketakutan yang sejujurnya sangat mendalam kalau didalami persoalan demi persoalan ini .

kadang-kadang diri seorang ikhwah ini akan merasa sudah jauh kehadapan dari orang lain , dan sangat bersyukur jika kita mampu untuk menjadi seorang yang memandang seseorang itu lain dari orang lain memandangnya .

mungkin ini soal hati yang dipersalahkan tapi sedarlah bahawa ini melibatkan persekitaran kita juga hakikatnya .

apabila dimuhasabah hati-hati yang bersatu ini :

1) tidak ternilai berapa banyak maksiat yang telah dilakukan , sedangkan dia sudah mengenali maksiat itu dan sangat rugilah apabila dilakukannya sedangkan dia sendiri mengetahui dan pernah merasai bahawa bencana itu adalah sangat memberi kesan yang buruk dalam kehidupan baru dia ini .

2) apabila tidak diadun dengan nilai Islam itu sepenuhnya , sedangkan dia sudah memahami konsep Islam itu adalah syumul tapi masih membiarkan hati-hati kosong dengan cahaya Ilahi setiap hari . Tidak memulakan hari dengan membaca sepotong ayat Quran dan ditadabbur dengan mendalam ... ikhwah tembak diri dahulu sebelum berhadapan dengan orang lain .

3) tidak mendalami satu seni yang sangat tertarik iaitu seni menegur : begitu indah Rasulullah menegur para sahabat sebagaimana Baginda menegur diri Baginda sendiri . mereka ini sudah memahami bahawa ' amar maaruf nahi mungkar ' adalah nadi kehidupan ini .. tapi yang terkilan apabila tidak dipantulkan kepada diri mereka sendiri . orang yang beriman sahaja yang layak menegur dan seninya mudah anggap menegur atau teguran untuk diri sendiri bukan mengharap natijah dari orang lain .

itu soal hati yang tidak mudah diolah , tapi dengan usaha kearah kebaikan dan muhasabah inshaAllah bikheer~


apabila dilihat keadaan sekeliling , kanan dan kiri tidak ubah seperti biasa .. tiada yang luar biasanya . bagaimana fikrah Islamiyyah akan berkembang ?

1) kanan dan kiri tidak ubah seperti hari yang sebelumnya : kenapa tidak diubah sendiri konsep suasananya ? tidakkah al-Quran adalah sumber tarbiyyah dan penurunan al-Quran pada asalnya adalah untuk hati dan jiwa-jiwa yang kosong . Ikhwah , hidupkan suasana asal Quran dikalangan kita , dan sebarkan pada masyarakat tentang apa yang kita faham dari Quran .

2) kanan dan kiri tidak ubah seperti hari yang sebelumnya : kenapa tidak kita yang lahirkan suasana berpelukan dan sembang soal iman ? sedangkan kita satu hati dan pelbagai cara fikirnya . bagaimana inigin mencapai pencapaian terbaik untuk kesatuan hati sedangkan kita tidak pernah bertanyakan soal hati masing-masing .. basahkan perbualan kita , agar masyarakat tertarik dengan hubungan Ukhwah Islamiyyah ini apabila terjalin .

3) kanan dan kiri tidak ubah seperti hari yang sebelumnya : cara percampuran kita dan percakapan kita menujukkan kita ini berlainan dari orang lain . Konsep kehidupan kita sangat berbeza dengan orang lain , masa kita terisi dengan Usrah , Daurah , Muayasyah , Mutabayyun , Maathurat Kubro , futsal suka hati girang dan pelbagai . mengapa tidak duduk sebentar kenapa hati ini masih lagi kosong ?? ,, yeah : kita tidak faham kita buat apa , maka bergaullah dengan ikhwah yang memahami .. Rumah Islam semakin terbuka meluas ..

sekadar memahami penderitaan dan kepahitan jalan ini untuk memastikan bahawa Syurga Allah itu tersangat manis dan lebih manis jika dihimpunkan seluruh gula di dunia ini malah kemanisan di sana sangat lembut tidak terasa keperitan di dunia ini lagi . jzk

نحمل الخير لكل الناس

" kita mendapat cinta dari langit untuk disebarkan ke seluruh muka bumi Allah ini "

No comments:

Post a Comment