masalah yang akan berlaku terhadap kami sebagai budak aliran agama adalah pengurusan kewangan yang teramat teruk dan mungkin selepas ini akan lebih bersistematik , mungkin . hehe
Dan petang yang santai , dihabiskan dengan melepaskan rehat di atas tilam bercadarkan warna hijau rumput dan selimut yang berwarna biru laut dan terpaku satu lambang sekolah lama penulis .. [ ish3 aib-aib ] ..
perkara biasa setelah usai membanting tulang di-Jamiah ( orang kampung saya panggil university ) .
itulah rutin dan bahasa mudahnya adalah rahsia mahasiswa yang akan berjaya .
tapi tiba-tiba saya dikejutkan dengan ketukan pintu dan bunyi bell burung ( kononnya natural-la ) berkali-kali , dan bila dibuka pintu , terpakulah seorang pokcik arab berbangsa Egypt dengan gelaran manja kami Abu Muhammad .
perbualan ringkas untuk awal bulan kami dengan dia ;
abu.muhammad : when nuqud ? ( when dalam bahasa arab ami Jordan adalah ' mana ' )
saya : mumkin hai laill .
abu.muhammad : gadesh sa3ah ? ( gadesh adalah berapa )
saya : hai laill , fi sa3ah 3asyar , inshaAllah ~
* maka berlalulah dia selepas mendapat jawapan yang jelas dari saya , tapi raut wajahnya seolah-olah masih mempunyai seribu satu masalah ., terdetik dalam hati ini ' tarik masuk usroh baru tau ' huhu ..
selepas beberapa minit selepas itu , azan asar berkumandang ,
" wah ! tak sempat nak tidur " terdetik dalam hati saya ., tapi husnuzon dengan Allah sangat memberi ketenangan . " mungkin Allah nak selamatkan aku dari terlepas solat asar " tenang hati selepas tu .
dan seperti biasa solat asar di masjid , dan selesai solat berjemaah di masjid disambung dengan riadah petang sekadar bersahaja , sekadar berkenalan dengan komuniti melayu yang kedua .
![]() |
pakej dua medan terus |
Di Jordan ni , ada dua situasi yang akan menyebabkan medan da3wah antum berkembang untuk ikhwah .
1) ketika berada di Masjid , ber-taaruf-lah dengan sesiapa manusia yang hidungnya tidak mancung .
2) ketika bermain bola , bersalamanlah dengan seluruh manusia yang berada di situ . boleh jadi dia tertarik dengan cara kita bermain bola . hehe
then ,
Jam di-handphone sudah menandakan bahawa 10minit lagi azan maghrib akan berkumandang .
selepas habisnya permainan yang terakhir , bergegas kaki ini pulang ke rumah untuk makan bersama :) .. iftor jamaie dengan ahli rumah katakan ..
* puasa sunat isnin khamis sangat membantu di suasana Jordan ini , yang mana ramai pelajar-pelajar lepasan SPM ini mengimpikan untuk naik pelamin pada fatrah yang sangat awal . haih
selesai sudah menjamu selera dengan lauk yang sangat bujang kalau dikategorikan di Jordan ini , bagi Malaysia mungkin masakan seorang wanita .. okay , sedang puji akhowat Jordan .. huhu
dan akhirnya , solat-lah kami sebagai ahli rumah d'Been Forest berjemaah di rumah kami yang serderhana ini .
dan selepas solat maghrib berjemaah , kebetulan ke semua ahli rumah berada di situ . saya terus membuka ruang perbincangan dengan ahli rumah tentang tuntutan yang akan dilakukan oleh hares bangunan itu pada malam ini jam 10malam .
masing-masing mula berfikir akan masalah yang besar akan menimpa kami malam ini . macam apa tah . haha
dan malam itu kami sudah sepakat untuk ke bank menghulurkan bantuan kepada tuan rumah kami dengan niat membayar sewa rumah kami untuk bulan ini .
![]() |
wah ! terima kaseh belanja koktail |
on the way ke bank malam itu , secara tidak sengaja bertemu dengan dua orang ikhwah sedang ber-dating minum koktail kot . maklumlah ikhwah semakin kaya . secara tidak disengajakan terpaksa join sekaki , dan tidak berdualah mereka selepas itu .
dan kami terus berbincang dan bersembang dari pagi hari ni hinggalah waktu kami menyedut koktail , dan apa yang saya tertarik dalam perbualan kami adalah tentang suasana da3wah di Jordan ini semakin hari semakin suram .
![]() |
kenapa semakin suram ni ? |
terasa ruang dan medan kami sekarang ini sedang dikongkong dan pergerakan da3wah fardiyyah dan sebagainya ibarat tidak tahu apa yang harus dibuat . istighfar 10x
masing-masing sudah mula melupakan kerja dan tanggungjawab dengan program persatuannya , latihan demi latihan dan akhirnya suasana untuk hidup menyedut udara seorang penda3wah sudah makin suram .
jiwa masing-masing punya masalah hati dan tingkah laku semakin lama tidak dapat dikawal dengan kuasa tarbiyyah . apa sudah terjadi hari ini ?
bukan soal hati dan tingkah laku ingin dibicarakan di sini , tapi soal bagaimana kita mengambil berat tentang tugas yang sepatutnya kita rasa ' da3wah is my way ' . dan perasaan betapa hidup ini dan seluruh hidup ini tidak lain hanya mentarbiyyah masyarakat agar memahami bahawa pentingnya memahami Islam itu secara menyeluruh .
" ana tak bolehlah , kena study ni . imtihan dah semakin dekat 2minggu lagi " mungkin sesetengah di antara kita berpendapat bahawa masa kita sangat terhad dan untuk memikirkan tentang da3wah dan tarbiyyah sangat rumit dalam fatrah peperiksaan ini .
da3wah dan tarbiyyah kita untuk diri kita dan perlunya pengorbanan masa , tenaga dan rehat manusia biasa . bukan menilai bahawa da3wah tidak berkembang , tapi seolah-olah ruh-ruh dan jiwa-jiwa yang saling berkait antara satu sama lain sudah makin suram .
mungkin ujian dari Illahi terhadap kita yang masih mentah dalam meneroka kehidupan sebagai seorang superb duat ini .
* pastikan mutabaah amal , amal da3wi dan muhasabah diri sentiasa di-amal-kan dan di-titik-berat-kan boleh jadi kita dalam proses penapisan dari Allah .
al-intiqa'
ReplyDelete