Friday 19 October 2012

Salam Aidil Adha a.k.a Raya Qurban

selamat menyambut aidil adha semua .

[kredit]

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah yang telah mempertemukan rahmat dan hidayah yang berpanjangan dan kita telah berjaya hidup di dunia yang penuh pancaroba dan alam buana ini sampai ke hari ini atas redhaNya InshaAllah .

setelah berlalunya Rejab datanglah Syaaban dengan memberi satu lebaran dan harapan kepada seluruh umat muslim yang menanti kehadiran mereka untuk diperjodohkan dengan bulan Ramadhan . Dan akhirnya sudah berlalu pergi kalian dan datanglah kembali Ramadhan dan Syawal yang kita impikan dan dambakan sehingga terlupa kita ini hamba Ramadhan atau pun hamba Rabb Allah Taala dalam meraikan kehadiran bulan bulan berkah ini .

dan selang beberapa bulan selepas itu , terus ke bulan bulan yang lain untuk mengambil setiap keberkataan dalam setiap dari pada mereka . ouh indahnya penantian yang tiada penghujungnya bagi sesiapa yang inginkan redha dengan bertakwa kepada Nya .

dan kini , tibalah masa yang dinanti nantikan oleh umat Muhammad untuk meraikan kemenangan kedua mereka .

dikala semua umat manusia sedang memikirkan bagaimana untuk sampai ke Arab Saudi dengan kadar dan kouta yang telah ditetapkan oleh kerajaan di sana , dikala juga masih menunggu tiba lori lori lembu , unta , kambing untuk diqurbankan pada hari yang sepatutnya di kawasan perumahan masing masing .

masih ramai yang tidak tahu walhal jahil tentang pengajaran dan ibrah setiap peristiwa yang mereka raikan selama ini . aduhai semua .

sedarkah kita beberapa peristiwa yang telah berlaku dan menyebabkan kita meraikan peristiwa tersebut dengan penuh gilang gemilang di serata dunia buana . tidak terkecuali juga dengan meraikan Aidil Adha .

pernah kita muhasabah atas setiap peristiwa yang kita alami sepanjang kita hidup di dunia ? pahit manis suka duka kecewa gembira . peristiwa yang berlaku atas diri sendiri tidak terambil kisah apatah lagi kisah di zaman purba kala .

ayuh ! kita muhasabah dan ambil sedikit Ibrah yang berlaku pada beberapa peristiwa yang berlaku ., dan untuk harini kita akan menceritakan kembali kisah bagaimana bulan Zulhijah mendapat nama gelarannya bulan pengorbanan dan banyak lagi . orite ?

permulaan yang mudah , ramai yang sudah mengetahui beberapa kisah tentang Nabi Ibrahim a.s menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s dan akhirnya Allah taala telah menggantikan Nabi Ismail a.s dengan seekor kibas ( kambing gurun ) . rasanya semua dan dengar sejak dari bangku sekolah rendah sampai ke sekolah menengah dan setiap tahun diulang dengan cerita yang sama tanpa tokok tambah sedikit pun .

Alhamdulillah . tamat ceritanya .

tapi disebalik kisah dan cerita itu tersemat beberapa ibrah dan pengajaran dan penghayatan yang sangat mendalam terutama kepada kader kader penggerak dakwah dan tarbiyyah Nabi Muhammad saw di seluruh dunia dan tidak juga lupa kepada insan yang soleh dan terus menerus dalam mencari cahaya Ilahi sampai ketitisan darah terakhir malah sesuai juga untuk dikongsi kepada semua lapisan masyarakat . miskin kaya , tua muda , kanak kanak dewasa , lelaki perempuan dan seangkatan dengannya .

Ibrah kita ambil untuk harini ; pengorbanan

sangat terbakar semangat bilamana kita meletakkan pengorbanan itu pada sudut pengorbanan memperjuangkan individu untuk negara bangsa dan agama . apabila kesanggupan dari jiwa yang suci untuk turun ke padang pertempuran yang sangat hebat cerita dan peristiwa yang berlaku .

tapi , untuk kisah ini hanya pengorbanan seorang bapa terhadap anaknya yang akan dikorbankan oleh dirinya sendiri sahaja . wah !

mana nilai kasih dan sayang seorang ayah yang dah mengasuh anaknya jadi manusia yang berakal dan tangkas dalam bertindak ( hebatlah Nabi Ismail a.s ni ) , secara tiba tiba terpaksa untuk mengorbankan dalam erti kata lain menyembelih atau secara jujur bunuh anak kesayangan yang dibelai dan dimanja sepanjang hidupnya . anak yang menggembirakan hatinya dan isterinya sepanjang kehidupan secara tiba tiba terpaksa dibunuh untuk memenuhi tuntutan syariat dari Tuhan yang dia imani , Allah swt .

huhu . sangat seronok bila mendengar kisah dan cerita tersebut . adakah mungkin kita sekadar manusia biasa mampu membuat satu keputusan yang sangat rumit , tiada pilihan , tiada jawapan dan akhirnya akur dengan perintah Tuhanya , Allah swt .

letakkan situasi itu ditempat anda berada sekarang . Argh ! pasti kita akan menjerit sehabis puas untuk membuat keputusan seperti itu . tidak ! saya tidak akan sembelih anak sendiri , walau sejahil mana dia , kita tidak akan sesekali meletakkan kata putus untuk membunuh dia sampai macam itu sekali . anak yang kita jaga dan didik sampai dia boleh berdiri dan berjalan sendiri dengan berkat keprihatinan kita terhadap dirinya tidaklah sanggup .

tapi lain dengan tindakan dua beranak yang sangat hebat pangkat mereka di sisi Allah swt . mereka diberi tugas untuk menyampaikan satu pengajaran terhadap seluruh umat manusia yang Allah ini adalah Tuhan Yang Paling Berkuasa dalam dunia sehingga di mana kita berada sekali pun , Dia adalah yang Penguasa dan Pencipta yang sangat Qowiyul Aqwa . oke rosak bahasa arab .

dan pengajaran yang sangat cool yang boleh diserap dari kisah ini adalah bagaimana perbualan dalam urusan yang manusia sukar untuk bayangkan situasinya dapat memberi kepututsan yang sangat mustahil dalam dunia ni .

dipendekkan cerita , Nabi Ibrahim as telah buat keputusan untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail as walau dalam keadaan berat hati dan terpaksa . secara tiba tiba bila ditusuk pisau itu keleher Nabi Ismail as dengan Kuasa Allah Maha Penguasa telah menukarkan / menggantikan bahan sembelihan itu kepada seekor kibas ( kambing gurun ) .

pengorbanan yang sangat best yang boleh diambil kat sini . bilamana kita kata sudah banyak harta yang dikorbankan untuk membina masjid atau rumah anak anak yatim , dan telah banyak pengorbanan yang dilakukan dari segi waktu , tenaga dan sebagainya untuk menyertai program program keagamaan , tidakkah kita terfikir atau pernah terbayang dengan melihat anak anak dan adik adik kita itu akan disembelih oleh tangan kita sendiri ? di situ sudah cukup untuk menutup segala pengorbanan yang sudah kita lakukan sepanjang kita hidup di muka bumi Allah swt tanpa kita sedari sajauh mana erti pengorbanan yang pernah kita fahami .

wallahu'alam


1 comment:

  1. aku-bukan-robot.19 October 2012 at 01:53

    besarnya erti pengorbanan. Allahuakbar.

    salam aidiladha.

    ReplyDelete