Monday 12 October 2015

Mengambil roh ikhwan selepas pelancaran Intifadah !

Intifadah telah dilancarkan buat kali ke-3 dan gendangnya telah dipalu oleh seluruh rakyat Palestin semalam. Umat Islam akan terus mengambil pengajaran yang besar dalam memahami bagaimana perjuangan kearah pembebasan Al-Aqsa ini yang sedang menuju kearah titik kemenangan.

Kita bersedih melihat saudara semuslim diperlakukan seburuk layanan terhadap mereka dari pencerobohan 1948 sehinggalah ke hari ini. Kita turut bersedih selepas As-Syahidah ditembak mati oleh tentera zionist hanya kerana ingin mempertahankan maruahnya sebagai seorang muslimah yang beriltizam dengan tudung yang menjadi lambang keteguhannya dalam beragama.

Lagi sedih apabila semalam 09/10/2015 , sempena laungan Intifadah ke-3 dilaungkan oleh pendudukan muslim di Palestin apabila As-Syahid Muhannad Halabi ditembak mati selepas berjaya membunuh seorang anggota polis Israel serta mencederakan dua yang lain. Intifadah ke-3 sudah dilancarkan , tapi dimanakah kita ya ikhwan ?!

Aku bersedih dengan diri ini , kerana hanya mampu menatap perjuangan saudara seperjuangan yang berpenat menjaga Masjidil Aqsa dari dipecahkan kepada dua bahagian. Aku terus bersedih kerana Allah swt lebih memilih As-Syahidah dan As-Syahid ini untuk mengakhiri perjuangan al-haq ini dengan pengakhiran yang cukup baik bahkan impian setiap muslim yang meletakkan Allah sebagai Ghayah dalam hidupnya.

Turut besedih lagi kerana diri ini sepanjang seminggu tidak langsung terjaga dari lenaan sehingga subuh berjemaah diabaikan dan terlajak kerana beralasan. Solat berjemaahnya di masjid sudah tidak menjadi keutamaan bahkan diketepikan seruan Sang Pencipta untuk hadir ke rumahNya langsung terus menatap laptop dan kaca telephone pintar seolah-olah tidak pernah menerima kefahaman tentang kepentingannya dan seolah-olah cuba menjauhkan dari tarbiyah yang pernah ditanamkan dalam diri.

[Intifadhah dilancarkan]
Kesedihan ini terus dikembangkan dengan sahabat seperjuangan juga turut bersikap begitu, bahkan ada yang lebih teruk. Jati diri mereka telah lesap dan kepentingan mereka lebih kepada memuaskan nafsu makan mereka , bermain permainan (Games) kegemaran mereka , dan yang lebih teruk membuang masa dihadapan laptop tanpa berganjak walaupun dipanggil beberapa waktu oleh Maha Esa. Aku meletakkan kesalahan ini berpunca kelemahan dari diriku yang tak mampu membimbing mereka dengan baik. Maafkan aku kalian.

Apakah yang sedang berlaku pada keadaan kita yang sedang asyik mencanangkan perjuangan Palestin dan kefahaman dalam beramal? Quran entah kemana , dhuha sudah dilupakan , puasa sunat langsung tak dilakukan , Qiam jangan ditanya ... khuyuk dalam solat? Jauuuuuuh sekali.

Ikhwatil kirom , beginilah keadaan kita yang semakin lama semakin selesa dengan hanya mengupdate status di facebook serta post gambar tentang perjuangan dan sebagainya di instagram. Tapi pada hakikatnya hati kita sudah kering kontang kerana tidak beramal dengan apa yang telah kita perkatakan dan telah mula menyasarkan diri dari hadaf penciptaan kita sebagai 'abid kepada Yang Esa dan khalifah yang kita pernah dapat kefahaman ini.

Mungkin kerana terlalu asyik bercerita dan bersembang perkara yang kononnya kita kan kita adalah orang yang paling faham dalam beragama ini , tapi sebenarnya kita hanya mewarisi keislaman orang terdahulu yang telah membenarkan agama ini dengan kesungguhan dan kegigihan mereka dalam beramal untuk mendekatkan diri kepadaNya.

Maka sempena Intifadah ke-3 ini dilancarkan , aku menyeru kepada semua ikhwah yang telah berjanji untuk berjuang (yakni berjihad) di jalan dakwah yang kita bersama imani untuk terus beriltizam dan meningkatkan usaha untuk memberi komitmen pada perkara asas yang sepatutnya kita pegang.

Tilawah harus diperkukuhkan dan membuang masa harus dikurangkan !

Qiam harus dihebatkan dan tidur harus dikurangkan !

Ibadah sunat lain perlu dipertingkatkan dari semasa dan jahiliyah perlu dinyahkan dalam garis hidup !

Telephone pintar harus dikurangkan menjadi rujukan , tapi Al-Quran adalah dusturuna !


Jangan menyesal andai kata Allah swt terus menjauhkan kita dari landasan yang kita sudah yakini seperti berada atas siratol mustaqeem.
Moga seruan ini menjadi muntalaq(titik tolak) pada diriku dahulu sebelum mengesani ikhwah yang lain dalam terus memperhebatkan amal dan memperteguhkan iman di atas jalan ini dengan tindakan !

Ya Allah !

 !نفديك يا أقصى 

" kami akan menebus kamu wahai Aqsa "

1 comment:

  1. assalamualaikum. lama anta tak menulis. jangan dibiarkan potensi anta dalam menulis begitu sahaja.

    utilize your logam in writing so that our next generation could learn from your journey of life..

    ReplyDelete