Monday, 31 October 2011

.semangat baru.


Yeah. . . yeah. . . tension + stress = ukhwah makin mantap?

(Sakit kepala bila kita berada di situasi yang memikirkan semua orang)=kitalah kita :)
Come on la…be pro. Haha . main internet ok juga?! Luahkan perasaan kat someone pun ok juga?!
Ini adalah masalah-masalah yang sepatutnya kita terima kerana betapa kuat seeorang itu bila ada ujian., "ana dah tak sekuat dulu lagi,nta kena faham dulu lain sekarang lain". Tak masuk akal langsung !

Tapi itulah hakikat bahagia yang sedang kita cari. Sedang rancak menyusun strategi, melengkapkan diri dengan yang Esa dan mensyahadahkan diri di dalam perkara-perkara yang haq itulah dia cubaan dugaan tomahan. Sangat kelakar dan sangat seronok kalau difikirkan balik. Andai ini hidup kita di tujuankan J tak mustahil kita jelah yang akan jadi baik dan kecewakan semua umat zaman kita hidup ni. Virus mana yang sentiasa cuba untuk merosakkan satu jenis computer yang dari dulu virus ni cuba untuk memutuskan hubungan(connection) dengan computer sama jenis dengannya tapi masih bersambung walau di hack, di spam dan pelbagai  lagi caranya. Tahniah diucpakan kepada virus ini walaupun tidak berjaya kerana sedarlah bahawa kamu mempunyai pencipta juga, dan pencipta yang mutlak hanyalah Allah Pencipta segala di bumi dan segala ciptaan.

Virus?  Hack? Spam?
Ukhwah(computer yang sangat canggih di abad ini) tapi sentiasa di hack dengan masalah hati, di spam dengan dendam kesumat, virus paling bahaya apabila dengki dengan ikhwah yang lain, dan tiba-tiba tak puas hati dengan connection yang kita dapat.

Masalah-masalah ! sangat teruk dengan pulaunya, sangat dahsyat dengan tak tegurnya, sangat bahaya apabila pentingkan diri sendiri, sangat memberikesan dengan paksaan dan kedengkiannya dan yang paling tak boleh blah apabila kau ni ikhwah aku ke?

Haha. Kenapalah masih ada perkara sebegini lagi dalam hati setiap ikhwah? Belum sampai tahap lagi kot? Ha?! Mengarut giler. Maksudnya hidup ni perlukan sangatlah penting diri macam Abu Bakar pentingkan diri apabila bersama Rasulullah di gua Thur.? kalau ada ular nak patuk Rasulullah biarkan jelah nyawa setiap insan lagi penting. Ke Abu Bakar tutp lubang ular dengan tapak kaki dia dan di patuk sampaikan Rasulullah terjaga sebab air mata menahan kesakitannya. Itu ukhwah ke?

Mungkin itu kisah Abu Bakar as-Siddiq bersama kekasih ALLAH tu. Jangan pertikaikan sangatlah. Tapi Abu Bakar masuk islam vs Islam sejak lahir macam kita ke? Ke Abu Bakar dapat tarbiyyah macam umur kita? Tak pun Abu Bakar percaya yang ukhwah itulah salah satu kuci Islam sampai kat kita ikhwah, sampaikan kejatuhan khalifah dapat di sedarkan oleh Pakcik IHAB sendiri, dan bermulanya islam berpaksikan ukhwah+keimanan= Individu Musim. Ye ke?

Kita(IHNA) yang banyak mengajar di mana kita menilai seseorang dari pandang seorang daie, Rasulullah akan memandang bahawa Bilal orang miskin, dan baik aku tarik orang miskin macam Bilal dulu? Tak pun Usamah b. Zaid masih muda, jangan harap orang muda boleh pegang Panglima Perang. Macam tu sekali ke RASULULLAH menilai sahabat-sahabat baginda?

Sememangnya TIDAK pernah Rasulullah menganggap bahawa sahabat mereka itu masih baru dan tidak layak di memegang tarbiyyah islam, tidak layak menjadi penggerak dan masih tidak percayakan ikhwah untuk buat kerja dan paling sakit pentingkan diri kita sendiri dan ikhwah kita buat kerja ikut dialah yang penting kita tahu dia buat apa, tapi masalah yang dihadapi  oleh ikhwah itu sendiri kita tidak pernah ambil tahu. Maka sempurnalah tarbiyyah kita di sini…… tapikan…..

Kenapa ramai je yang ukhwah mantap tapi bukan di Jordan la, tapi kenapa ramai je ikhwah yang berjaya dalam gerak kerja kita dakwah ini tapi bukan di bumi anbiya’? penatkan berukhwah? Penat nak jaga benda-benda simple yang ikhwah tak suka tapi kta buat tak kesah je, nanti jawab ana dah jaga dakwah dengan rancak dan penat dalam menyusun rentak dakwah di sini.

Sibuk di sana, penat di sini, rungsing berfikir, lelah berprogram. Sangat hidup bi’ah yang sangat seronok dan tidak seperti zaman Rasulullah penat manderita di seksa untuk menegakkan akidah yang satu, lelah menangis kehilangan sanak-saudara untuk menanti janji Rasulullah syurga-Nya pasti, sibuk memikirkan bagaimana semangat(Rasulullah dan para sahabat) untuk sentiasa hidup dan  tidak akan mati selagi tahap yang diinginkan belum sampai tahap. Tapi kita mendapat kunjungan rakan seperjuangan hamper 50orang merasakan sudah hamper sempurna gerak kerja kita. Mengabaikan semangat(ikhwah) kita menghidupkan diri mereka tanpa menjaga hati, menjaga perkara kecil, memahami diri ikhwah itu, dan paling penting jaga ukhwah yang kita dah satukan kerana kekuatan kita bukan dengan gerak kita yang mantap, bukan sudah 10 ikhwah kita pegang, bukan sudah lengkap mutabaah amal kita.,

Tapi yang kita lupakan adalah virus dalam connection(berukhwah) yang sedang kita connect tapi sampai sekarang masih 1.0 Mbps mungkin ?! sebab hati ! hati kita sentiasa dengan belajar kita, hati kita sentiasa dengan diri kita, hati kita tidak pernah merasakan tarbiyyah itu perlu digerakkan oleh semua ikhwah, hati kita sentiasa memandang perkara yang besar perkara kecil tidak jaga,hati kita yang hanya sentiasa terkenal dengan virus UKHWAH.

Memandang kelengkapan ikhwah itu hanya dari satu sudut tidak memadai, kenapa kurangnya makan bersama, bermuayasyah bersama, riadah bersama, tidur bersama, menjaga hati bersama, kadang-kadang dalam bermuasafir masih tidak settle cara berkomunikasi dengan ikhwah.,?

Itulah dia sedikit tapi banyak perkara yang perlu diperbaharui dan bagaimana kita untuk mendapatkan anti-virus yang sangat berkualiti kalau bukan namanya Qiam bersama, makan bersama, menjaga perkara-perkara kecil bersama, dan sentiasa virus itu hanya mampu diselesaikan dengan kita bersama walaupun dapat berkomunikasi 1.0 Mbps, gunakan sebaik-baik peluang yang ada kerana mungkin satu tahap connection kita dengan computer lain akan menjadi 0.0Mbps dan virus itu akan merebak ke computer yang lain dan akan merosakkan connection kita dengan computer lain dengan kata lain kita menjadi FITNAH terbesar kerana virus itu berpunca dari kita.

Bilal tidak pernah beranggapan bahawa Rasulullah mengambilnya kerana dia seorang yang miskin dan tidak ada kuasa, tapi dia yakin bahawa ini sahaja jalannya tidak ada kabilah, tidak ada warna kulit dan yang paling seronok dalam hidup para Sahabat Rasulullah adalah bekerja semata-mata untuk mensyahadahkan perkara yang haq dan kita pun begitu juga ikhwah sekalian. 

1 comment:

  1. waaaa . tujuan anda mengetag blog saya itu adalah ?

    eh , sori . terperasan

    ReplyDelete