Wednesday, 29 February 2012

" sunnah terbesar Rasulullah ape ye ? "



" sunnah Rasulullah berjalan di jalan yang men-datar se-akan-akan menuruni curun yang curam "


perkara ini sentiasa diapi-apikan oleh budak-budak semasa di-sekolah-sekolah 'agama' . pengalaman .

maka , tidak hairan-lah ibubapa akan sentiasa di-marahi oleh anak-anak mereka atas sebab kelewatan .

malah si-anak sanggup berdebat semata-mata hadith tah sohih ke hasan kerana mereka budak kecil lagi .


dialog budak sekolah agama dengan ibunya ;


suasana pagi ( 6.30 waktu Kajang , Malaysia )

anak : Ibu cepat-Lah ! saya sudah lambat untuk ke sekolah ni !

ibu : ye . . ye . . ibu datang ni . baru jam berapa ?

anak : apa ? baru jam berapa ? . . dah lambat sangat ni ! cepat-Lah ibu !

ibu : okey (beberapa kali) . . nanti kita gerak . lima minit je .

anak : ibu , saya belajar semalam dengan ustazah sekolah agama , " Rasulullah kalau buat pape mesti cepat , malah ketika berjalan dijalan yang mendatar diibaratkan seperti sedang menurun curun yang curam " . . berkata seolah ingin berdebat .


ibu : " Rasulullah bangun pasti akan solat subuh selepas bangun tidur , bukan bersiap-siap dengan urusan lain dan terus lupakan yang wajib " . . berkata si-ibu ibarat keris taming sari tikam dada anak sendiri . huh .

anak : ( terdiam tanpa hujah dan berkata ) . . saya nak buang air besar sekejap ye . 10 minit . haih .


bersambung hadaf kita . . 

kalau di-hayat-i perbualan di atas , mungkin pembaca boleh bayangkan sikap penulis merupakan anak tersebut sebelum kenal apa DnT itu sendiri . pengalaman .

tapi itu cerita dahulu kala .

sekarang ,
penulis merupakan seorang aktivis tegar dalam gerakan Islam yang menyakini bahawa [ islam > kebangkitan ]

malah , sepatutnya seluruh muslim yang mengaku dirinya muslim . di mana bukti seorang muslim ?

* kopiah yang saya pakai ni apa ?

* IC saya pun tulis agama : Islam .

* pergilah ziarah ibu saya , kalau dia Islam > maka saya Islam secara automatik-nya :) . menyampah .

aduhai muslim . itu sahaja bukti kalian muslim .
- tidak ubah seperti polis yang menunjukkan bahawa dia polis , lalu dikebasnya motosikal anda . kerana anda percaya bahawa dia polis . huh . malang tak berbau


itu kisah Islam vs islam . itu daurah kita yang sudah lepas ke-14 yang lalu .


sambung hadaf sebenar-benar . .


berkenaan dengan aktivis da3wah ,

seluruh dunia sedar akan kebangkitan islam > di tanah-tanah arab sendiri

malah , ramai yang sudah menyumbang wang , tenaga dan sebagainya .

^^' saya sudah post di'wall' friends saya di-mukabuku tentang Syria .

^^' saya lagi-lah , hampir separuh harta saya sudah di-infak ke Palestine ( budak private ) .

^^' kalau tidak silap saya dah buatkan video dan program untuk Revolusi Tanah Arab (pelajar tajaan) .

* tidak boleh tidak . saya tidak nafi-kan kalian penyumbang yang sangat hebat .


tapi apakan daya terlalu cepat pemikiran kita jauh berjalan sehingga itu adalah perjuangan kita :')


untuk makluman semua ;

- subuh asyik-asyik saya dan teman ( muka yang sama di Masjid ) . . Jordan tu . . agak-agak di Malaysia ?

- manusia dan isu tanpa resolusi . mampu berkata tetapi balik dan lupa ? huh .

- mereka percaya Islam akan bangkit tapi biarkan bangkit sendiri atau hanya melihat akh lain buat kerja kita :


sekadar depan laptop , dan post bahawa esok ada riadah > tapi tidak turun ( like lagi lah ) .


sekadar post pelbagai tentang Syria , tapi masih tidur 12jam dalam hirom .


sekadar berdoa tanpa perubahan yang mendadak dan hati yang ikhlas .




aduhai ikhwah / wat harapan agama . kalian buat apa ?

bila masa kalian pandang tahajjud dan subuh ber-jemaah sebagai penguat roh kalian ?

bila masa lagi kita akan merasakan ukhwah bukan ketika diperlukan sahaja , malah ketika bersahaja , ukhwah kita terjalin ?

bila masa pula hati kita akan merasakan maksiat adalah ujian dari Allah ? dan futur adalah mainan hati ?

aduhai . . .

lokasi negara Jordan
Jordan yang sangat ku-kagumi ! 

- berdekatan dengan tempat yang mempunyai manusia yang kuat kesabarannya , dan rumah umat Islam yang ke-tiga ( Palestine ).

- berdekatan dengan tempat berkumpulnya seluruh umat Islam dan Tanah Haram bagi Dajjal ( Mekah )

- berdekatan juga pintu fikrah yang di-buka oleh Imam Hasan al-Banna ( IHAB) sejak tahun 1928 (Mesir)

gambar hiasan
tapi diri dan teman-ini sangat sedih melihat pelajar Malaysia di-Jordan . hakikatnya !


mereka se-akan-akan lupa apa tujuan hidup mereka dan asyik mengejari apa yang Allah tentukan kepada mereka ( rezeki ) .

- mereka sanggup tinggi-kan kelas kuliah dari seruan Allah di-Masjid sedang-kan mereka sedang menghadap laptop , dibawah selimut tebal ( hirom ) dan lebih sedih mereka mendengar tetapi . . . .

- mereka juga sanggup pertikai dan memberi alasan , sekarang musim sejuk . adakah perlu ke-Masjid untuk solat ? , sedangkan kelas kita sanggup pergi semata memikirkan tentang rezeki kita di hadapan kelak ?


tidak mengapakah ?


kepada Squad_Duat yang merasakan bahawa ini tugas mereka .

Ayoh ! ( tujuan post ini bukan untuk masyarakat tetapi untuk kalian )

kita kembalikan sinar yang Rasulullah bawa , yang sudah lama tenggelam sejak 1924 .

mungkin satu hari nanti kita akan lebih memahami tugas kita bukan terkesan dalam jangka pendek tetapi . . .

jalan ini sangat panjang . . .


نحمل الخير لكل الناس

" kami mendapat cinta dari langit untuk disebarkan ke seluruh muka bumi Allah ini "


2 comments:

  1. Tiada satupun kulihat lebih indah daripada Rasulullah saw., seolah-olah mentari
    beredar di wajahnya. Juga tiada seorangpun yang kulihat lebih cepat jalannya
    daripada Rasulullah saw., seolah-olah bumi ini dilipat-lipat untuknya. Sungguh,kami harus bersusah payah melakukan hal itu, sedangkan Rasulullah saw. Tidak memperdulikan. “(Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Sa’id, dari *Ibnu Luhai’fah, dari Abi Yunus, yang bersumber dari Abu Hurairah r.a.)
    • Ibnu Luhai’ah adalah`Abdullah al Hadhrami,seorang faqih yang Masyhur dan qadli di Mesir, namun demikian ad Dzahabi mendlaifkannya, tetapi hadist yang diriwayatkan oleh Ibnu Wahab, Ibnu Mubarak dan Abi `Abdurrahman al Muqri lebih baik. Ibnu Luhai’fah meninggal dunia pada tahun 174 H.

    “Bila Nabi saw. berjalan, maka ia berjalan dengan merunduk seakan-akan jalanan menurun.”(Diriwayatkan oleh Shufyan bin Waki’, dari ayahnya, dari al Masudi, dari `Utsman bin Muslim bin Hurmuz, dari Nafi’ bin Jubair bin Muth’im, yang bersumber dari `Ali bin Abi Thalib k.w.)

    http://abizakii.wordpress.com/as-%E2%80%93-syamail/cara-berjalan-rasulullah-saw/

    perlu rasanya untuk melakukan rujukan lebih dalam syamail muhammadiyah karangan imam at tirmizi....sekadar sebuah perkongsian....
    lg satu,semasa di maahad hamidiah,ketika saya pernah menghadiri kelas tahfiz,ada mensyarahkan ciri2 ibadurrahman,dan pernah disyarahkan tentang cara berjalan nabi dlm kitab krgn syeikh yusuf qardhawi....
    ape2 pon,post yg bermanfaat...

    ReplyDelete
  2. terima kasih akh.semoga Allah memberkati enta:)

    ReplyDelete