Sunday, 4 November 2012

alien circle saya

salam 'alaik .

alhamdulillah , rasa seronok dapat menulis dengan redha Allah swt lagi . inshaAllah .

dan saya akan cuba untuk memuji Allah swt dan Rasulullah saw yang sangat saya kagumi dan cintai sehabis kalam dan cuba juga untuk mengajak pembaca semua untuk turut memuji Allah dan RasulNya sebelum meneruskan pembacaan kalian supaya hati kita sentiasa dikelilingi iman yang teguh dan qowiy . aiwah

subhanallah .. subhanallah .. subhanallah .

[alien putih]

ok ,

kalau kita hayati betul betul maksud dan makna tajuk post kat atas tu tanpa banyak tanya pasti kita akan berhati hati , supaya tidak dikejutkan dengan apa apa anasir yang entah dari mana  tiba tiba terpampar di depan desktop untuk tujuan menakut nakutkan orang kan . hehe

-.- mata anda akan menjadi sepet sedikit untuk menunjukkan anda sedang berhati hati

tapi , sebenarnya tidaklah saya ada sebesar zarah pun dalam hati saya ini untuk tujuan menakut nakutkan kalian dalam hati sanubari yang suci lagi bersih ini . sejujurnya .

geli bukan ? tidak mengapalah .

post ini bukanlah nak disentuh hal yang berkaitan tentang kehidupan seorang yang mahu melakukan  pertemuan dengan ahli kabinet bayangan alien dan seangkatan dengan maksud bersama . sejujurnya juga bukan mengenai alien itu sendiri tetapi manusia yang menjadi ' alien ' mungkin .

pertama kali saya jejak kaki di bumi penuh berkah ni ; Jordan . saya terfikir sejenak .

" saya nak buat apa untuk langkah pertama tanpa membabi buta " .. yeah jumpa murobbi super la

" saya datang , nak tahu nak buat apa ye kat sini ? " .. aik . awal awal dah kena cari empat orang ?

" saya tak mampulah , macam mana ye ? " .. huhu .. ramai lelaki yang sepatutnya jadi jundullah , tapi ..........

sedikit gambaran betapa membazirnya kehidupan saya sebagai mahasiswa yang asyik dengan kehidupan robot tertutup dan keparat . tak tahu mana tujuan diri diciptakan . selalu bersama permainan video , movie menjadi penghibur dan tidur yang tidak sedar sang matahari terpacak atas kepala sembilan puluh darjah . itu semua rutin seharian .

aduhai menyesal betol harikh harikh macam O.o !

dari peristiwa dan kejadian yang berlalu tidak lagi boleh diulang atau meminta untuk terulang . tapi kita masih punya masa depan selagi mana nyawa dikandung badan dan bermuhasabah diri seketika .

tidak terhenti setakat itu sahaja , kini nafas baru akan kita serapkan . ilmu dan pengalaman dijadikan bekal . perjumpaan bersama syuyukh dan murobbi yang ana thiqah telah menjadi pemangkin dan bekal untuk terus thabat dan menambah kefahaman yang tulen atas sumber yang benar .

kalam mula berubah , perwatakan mungkin sedikit berbeza dari yang keanak anakan dahulu kala menjadi sedikit belia . dan fikiran makin kurang dari mengikut hawa dan emosi untuk memastikan keputusan yang dibuat sangat rasional dan bernas berlandas Quran dan Sunnah .

akhirnya . . .

masa yang menetukan kemana seseorang itu mencorak kehidupan mereka sendiri .

saya pun mula terfikir ,

" aku mampu tak mampu paling kurang ada sorang yang boleh faham macam aku faham hari ni "

" aku taknak junior junior aku jadi macam senior senior yang melakukan kitaran hidup robot "

dan itu sentiasa diiring bersama dengan kefahaman islam yang jernih lagi suci . tiada unsur munafik , fasik , politik , jemaah dll . tapi kehidupan seorang muslim yang beramal dengan nilai islam dalam kehidupan seharian . boleh anda fahami ?

____________________________________________________________________________

bermulalah kisah ' Ini Serius Kantoi ' yang pertama kalinya kita kantoikan kepada muslim khusus kepada mahasiswa yang baru mendapat gelaran tersebut tentang diri mereka yang disorok .

sorok apa? sorok sorok ke ?

pernah lepasi slot pertama ? muqaddimah lima jam setengah ? saya tak tahu nak pendekkan perkara lima jam setengah kepada satu ayat padat yang boleh dibaca tidak sampai lima saat . sory .

cuba lalui selepas ini .. pasti akan lebih faham dan seronok .. saya teruskan ..

____________________________________________________________________________

dan selepas beberapa hari berlalu , akhirnya bulatan bulatan ' alien ' sudah mula terkelihatan . mereka berada di merata tempat . serius li tersembunyi . macam cerita UFO .

mereka ini bergerak sederas air sungai selepas hujan . sangat deras teramat . tapi tanpa sedari menghanyutkan arus islamis bersama mereka . ketinggalan jahiliyyah . dan kalam Allah sentiasa bertutur dari lidah mereka . argh ! meraunglah jahiliyyah dek diserang satu angkatan ' alien ' yang entah dari mana masuk lalu menyerang mereka .

____________________________________________________________________________

Islam kembali indahhhh ... janganlah berundur , tetapi kita jangan mengalah ..

( semanis kurma - Huffaz ) > search Youtube .

dan jangan biarkan arus itu hanyut tanpa diri kita bersama . itu yang saya letakkan dalam diri saya . saya pun terjun bersama group ' alien ' tersebut dan bertukar menjadi seperti mereka . ' alien ' .

jumlah kami semakin ramai , dan kami semakin obses dengan arus yang kami bawa . biar apa orang nak kata , kalam mereka tetap akan berlalu . tapi kalam Tuhan akan kekal hingga kiamat . itu kita kena imani .

dan akhirnya saya telah berjaya mengapalai satu kumpulan ' alien ' yang sangat merbahaya . muahaha

oke dah start tak serius *

saya bawa mereka.dengan mendoktriminasi memahami quran dan hadith haruslah menggunakan hati sanubari untukdiaplikasi ke kehidupan realiti . sokong ke ?

dan jumlah bersama saya sahaja sudah enam orang . bersama sama dengan saya ada tiga puluh orang semuanya . dan setiap tiga puluh orang itu mengapalai enam atau tujuh orang setiap seorang . maka jumlah bersama revolusi ' alien ' semakin memberangsangkan .

Islam itu datang dalam keadaan asing dan akan kembali asing - Hadith Rasulullah saw

dan nantikan kemunculan kami golongan ' alien ' yang sangat inginkan semua manusia tunduk dan patuh hanya pada Allah swt Tuhan Pencipta Alam . sekian

Wallahu 'alam                                                    

2 comments: