Sunday, 6 May 2012

robitoh yang tidak akan padam

hampir tamat pengembaraan saya di bumi anbiya Jordan untuk masa setahun ( padahal baru 8bulan )

for ikhwah ekslusif . haha

walaupun tak banyak tugasan dan kerja yang diberikan , tapi cukup bangga dengan apa yang dilalui sepanjang bersama ikhwah baru , lama , tue , mude , dan pelbagai lagi . maklumlah mereka masih baru .

tapi baru baru mereka tidak dapat disangkal lagi dengan kekuatan iman dan perjuangan iman yang panjang adalah penilaian Allah terhadap hamba-Nya . bukan kerana mereka ramai . tapi mereka berjuang atas dasar taqwa yang kuat .

pergh .. macam bajet baik gler .. " bila baca tak faham keluar pelbagai andaiankan "

pernah juga tanya seorang yang agak terkantoi kemantapan dalam tarbiyyah ni . 

" kalau orang cakap kita bajet baik camne ye ? " persoalan yang dikeluarkan kepada akhi B .

" bajet baiklah ! takkan nak bajet jahat pulak ? sape nak jadi jahat ? orang jahat pun tak mengaku dia jahat  , ni kita bawa bendera Islam di mana mana " Akhi B .

jawapan yang sangat simple tapi boleh diterima pakai . huhu . sape nak jadi jahatkan ? betul3

[kredit]

sekarang adalah masa yang sesuai untuk kita lihat sejauh mana keberhasilan dakwah dan tarbiyyah di bumi Allah ini .

saya tidak nafikan bahawa ramai yang bersangka buruk terhadap mereka yang asyik bersama , bahkan ramai juga memandang mereka ini seperti manusia yang di-ekslusif-kan . sama sama mereka sahaja .

bukan mereka yang meminta untuk jadi begitu , dan bukan sesiapa yang berhak menentukan sesiapa bersama siapa dan tidak ada kuasa lain yang mampu menghubungkan antara manusia dengan manusia yang lain kalau bukan kerana Allah . salimul akidah . hehe

walaupun kritikan demi kritikan dilontarkan , cacian makian dan cemuhan ditampar kepada golongan manusia yang cuba memberi kefahaman kepada manusia tentang Islam 100% ( perkara biasakan ) , tapi lutut kaki mereka tidak pernah lemah , bahkan semangat mereka ini semakin rancak dan berkobar untuk meneruskan perjuangan ini .

robitoh apa yang mengikat ?

bila difikirkan balikkan . kenapa mereka ini dari hari ke hari . dari kritikan demi kritikan masih kuat dan bersemangatkan ? sepatutnya down-lahkan !

ni kita yang mengkritik mencaci dan cuba untuk men-down-kan mereka pula yang DOWN ..

bukan sebab apa .. maklumlah datang timur tengah , dalam kepala tu belajar belajar belajar dan belajar .

tapi bila dah berada di timur tengah , belajar game movie tenet kritik sosial . sampai satu tahap tak tahu nak kena buat apa . mana tak cepat down .

golongan yang diberi semangat macam mereka ni lain sikit . bayangkanlah .

satu dunia hampir seluruh negara di dunia akan wujud orang seperti mereka . ramai sikit itu atas usaha dan natijah Allah terhadap mereka . 

[doa rabitah dulu]

dan cukuplah sekadar ;

Allah sebagai tujuan hidup mereka . 

Rasulullah qudwah terbaik mereka .

Quran sebagai garis panduan hidup mereka .

Jihad adalah jalan hidup mereka .

dan Syahid di jalan Allah cita cita tertinggi mereka .

biarlah orang nak cakap apa . kita buat kerja kita . mungkin manusia dengan sifat cemburu dia bila nampak orang lebih baik dari dia . hurmm ...

[kredit]

penjelasan dari robitoh yang terhasil .. boleh jelaskan ? ..

mereka ini pertama kali bukanlah belajar agama hebat sangat . cukuplah Allah meletakkan rasa faham dan cinta kepada Islam itu secara pure . cara Allah letakkan itu bergantung melalui asbab musabab :)

pastu mereka ni diceritakan tentang kemantapan akidah yang sangat sempurna . faham Islam adalah jalan untuk rasa Allah sentiasa bersama dan kurang bercakap banyakkan amal . itu sangat manis .

malah thabat di perjuangan yang panjang ini memerlukan ukhwah yang bukan buat buat . ukhwah atas dasar taqwa . bayangkanlah qiam bersama , main bersama , tidur bersama macam semua benda dalam kehidupan bersama . dan yakin dengan kebersamaan ini dan kebaikan dan amal soleh dapat dilakukan tanpa rasa ragu dan takut .

kalau orang cakap mereka ini bercinta ., memang mereka sedang bercinta . cinta Allah dan saudara sendiri .

lebih baik dari cinta nafsu , cinta muka buku , cinta mengkritik , cinta ' kerana Allah ' ( fahamke? )

akhirulkalam ..

penghubung antara hati hati ini adalah Allah . Allah yang menciptakan dan Dia juga menghubungkan . Mana mungkin tanpa Allah hati hati ini akan bersatu :) 

" kami mendapat cinta dari langit untuk disebarkan ke seluruh muka bumi Allah ini "

^^ banyak pulak gambar orang kepala bulat . sebenarnya ana suke tengok pose dorang yang bergaya . haha

1 comment: