dalam dunia ini pastinya akan wujud hero hero dan ketua yang masyaAllah haybat
Abdul Aziz Rantisi |
Kalau pernah bertaaruf dengan orang yang berada di gambar atas ni , untunglah~
Kalau masih belum , masih belum terlambat lagi . pergi Google ; search Abdul Aziz Rantisi dan baca sesuka hati dan dengan penuh rasa bersemangat . cuba dulu baru tahu . huhu
*memperingati kembalinya As Syahid Abdul Aziz Rantisi pada 17/04/2004 . genap lapan tahun kembali ke Rahmatullah sebagai mujahid . malah roh perjuangan dan semangat Islam itu masih terasa dalam pegorbanan beliau .
Tapi malangnya , bukan di sini untuk menceritakan tentang biografi kehidupan tokoh pejuangan Islam ini . sekadar merungkap satu perjuangan yang tidak akan padam walau ditiup berkali kali oleh musuh yang sering dengki dan takabbur dengan Pencipta mereka .
Rungkapan ini sekadar memberi satu pencerahan bahawa kebangkitan Islam itu pasti , tapi bila , di mana , siapa yang menjadi asbab musabab kebangkitan itu mungkin sedikit sebanyak memberi penjelasan kepada semua :)
Hari ini sangat banyak dan terbanyak persatuan , ngo , jemaah and something like that yang ingin memperjuangkan Islam yang Syumul .
Malah sehinggakan umat Islam sendiri tidak tahu , " nak follow yang mana satu ni ? abg ni ke atau si Fulan ni ? " .. sampai macam tu sekali tahap kekeliruan yang berlaku .
Biasalah , masing masing punya khilaf dan ijtihad mereka sendiri .
cukup setakat ini .
kembali semula kepada perjuangan iman kita .
manusia ini , [nak tak nak] pasti akan ber-iman dengan sesuatu perkara . percayalah .
iman ? aduh (",)
Membenar dengan hati , mengaku dengan lisan dan dibuktikan dengan amalan pelakuan .
percaya atau tidak percaya
isi tempat kosong . ( dan.cuba.rasa.sendiri )
Saya [letak.nama.anda] percayakan Allah adalah Tuhan Pencipta seluruh alam . Malah hidup dan cita citaku hanya bertujuankan kepada Allah swt . Yang tidak tertahan saya memperjuangkan apa yang saya percaya . bahayakan ? :)
Itulah dia perjuangan iman . bilamana kita faham apa yang patut kita buat .
Sebagai Muslim a.k.a beriman dengan Allah
Apa perlu [muslim] lakukan ?
- sembah dan tunduk dan patuh dengan hukum dan peraturan Allah secara total 100% .
Bagaimana [muslim] berserah diri total kepada Allah ?
- Akan masuk kedalam Islam secara syumul , dan memahami Islam dengan hati tidak secara akal . Iman sebagai teras :)
Islam itu apa , sampai [muslim] hendak perjuangkan ?
- Adalah ad-din , yang mana itulah cara hidup seseorang [muslim] . Dan Islam adalah agama yang berasal dari sifat namanya sendiri . Agama lain dinamakan dari nama orang yang mengasaskan agama tersebut . Tapi agama Islam dinamakan kerana sifat ( tunduk dan serah diri secara total 100% ) kepada Nya .
- Perjuangan itu berpunca bilamana arahan dan kerja untuk sesiapa yang inginkan kehidupan yang baik di akhirat ( tak percaya akhirat ? ) .. kita sembang lain .. tapi kerja itu pernah diberi kepada bani Israel , malangnya mereka mendiamkan malah menafikan apa yang ditugaskan oleh Tuhan mereka . semua ini .
DAKWAH :)
amar ma'ruf nahi munkar - menyeru kearah kebaikan sebenar dan mencegah segala kemungkaran !
Dan perjuangan ini sangat panjang tidak ubah bagaimana Rasulullah sebagai role model kepada umat Islam menunjukkan contoh perjuangan yang sangat berjaya .
Ini Sejarah Kita - ISK |
Maka sebelum ingin memperjuangkan iman , haruslah~ memahami apa yang kita imani !
Tidak mustahil , pejuang Islam adalah terbaik dunia !
Sultan Muhammad al-Fateh :
- pemegang pingat strategi peperangan terhebat di dunia . sampai sekarang rekod belum pecah .
Sultan Salehudin al-Ayubi :
- pemegang takhta kubu pertahanan yang sangat gah dan gemilang di abadnya , sehingga kini manusia tidak mampu menterjemahkan bagaimana mencipta kubu pertahanan sebegini rupa pada zaman nya .
Syeikh Ahmad Yasin :
- pemegang ketua dan leadership terbaik dunia Orang Kurang Upaya (OKU) . mampu untuk mencipta satu kerajaan Islam di Palestin walaupun ketika itu Palestin dalam era ketandusan sumber rezeki .
Abdul Aziz Rantisi :
- mengorak langkah selepas Syeikh Ahmad Yasin , bergelar syuhadah dan pemegang pingat emas manusia yang berani berkata " saya lebih rela di Apace oleh Israel dari mati di bom tengah tidur atas katil " secara Live di siaran television . anda berani ?
dan ramai lagi yang tidak disebutkan kerana pingat ini semua masih ditangan umat Islam !
* sebagai orang yang memegang pingat emas dalam acara balapan keseluruhan peringkat daerah , apa yang sekolah anda akan lakukan ? mewawarkan kepada umumkan ? bahkan sampai nak masuk tv . kenapa kita tidak mahu wawarkan pemegang pingat emas peringkat dunia kepada seluruh manusia ?
saya tak tahu siapa ? - eh , zaman dah majulah . buka tenet search lah :)
mungkin hari ini mereka . kenapa tidak kita yang memegang rekod yang baru .
^^ pemegang teknologi berkuasa beto dunia [letak.nama.anda]
^^ pemegang khalifah pertama selepas kejatuhan khalifah Turki Uthmaniyyah [hehe.letak.juga.nama.anda.dulu] .
* yang penting corak permainan kita nampakkan *
Jom jadi pejuang iman dengan kami ?
" kami mendapat cinta dari langit untuk disebarkan ke seluruh muka bumi Allah "
ramai orang boleh jadi seperti Usamah bin Zaid , Bilal bin Rabah , Abu Ubaidah , Umar Khatab .
tapi , berapa ramai yang boleh jadi seperti Imam Syafie , Ibnu Sina , Imam Ghazali
masyaAllah..
ReplyDeletejazakallah akhi..
rindu nak satu usrah dgn enta.. :)
rindu bersama dalam satu barisan perjuangan juga ..
Deletemoga sampai seru kita duk sebelah sebelah berjuang untuk agama yang kita imani ini . inshaAllah ..
ana.sentiasa.on
ReplyDelete*fleksibel* inshaAllah