Monday, 2 April 2012

sembang fawwal # 1

shawarma falafel ( JD 0.25 = RM 1.30 )
[ 6.45 a.m ]
Di sini terdapat promotion untuk makanan arab yang dikenali nama bongsunya Falafel .

 Falafel :
- satu gumpalan kacang yang bila makan anda akan terasa seolah-olah berada di alam yang lain . haha

dan kedai yang paling femes dikalangan ikhwah adalah fawwal .. dan hampir setiap hari mereka berhimpun untuk cerita-ceriti tentang tarbiyyah Jordan ini sambil makan fawwal selepas solat subuh berjemaah dan sedikit tadabbur pagi mereka .

[ 7.00 a.m ]
ada seorang akh dikalangan mereka ini bertanya , " macam mane ni tahun depan , JPA dan MARA dah tak nak hantar budak g oversea ? " seakan-akan serius bunyinya .

dan dengan simple dibalas , " akhi , kita plan lain nnt . okay ? " dengan berselamba .

[ 7.15 a.m ]
seterusnya , dirancakkan bersembang tentang sharing hidup masing-masing dengan bilangan mereka yang seciput ni , tiba-tiba satu persoalan yang menyepikan keadaan .

" apa kita nak buat dalam liqo adek-adek nnt ? " dengan nada sedikit meminta simpati .

krik .. krik .. ( setengah minit )

[kredit]

pelbagai pendapat dilontar dari kalangan mereka .


" tak pe akhi , yang penting buat kerja .. natijah semua itu dari Allah " - akhi H -

" haah , betul juga ? kita nak bagi bahan apa dalam liqo nnt . ana pun sebenarnya tak tau nak buat apa . haha " - akhi H II -

" okay , sekarang ni kita siapkan diri kita dulu . then , apabila sudah tiba masanya baru kita fikir . ke camne ? huhu " - akhi A -

itulah perbualan orang yang semakin menyedari hakikat tarbiyyah dan da3wah . everyday nak sembelih  masyarakat . eh , nak sembelih jahiliyyah dalam diri masyarakat Islam hari ini .

kadang-kadang , mereka akan terasa jatuh cinta dengan da3wah dan tarbiyyah ini sehingga sanggup memperjuangkan segala-galanya .

 tapi persoalan seperti ini boleh jadi antara faktor atau asbab ke-futur-an dikalangan mereka .

[ 7.30 a.m ]
sembang fawwal ini ditutup dengan kata-kata keramat seorang akh :

^^ " dalam tarbiyyah kita ini , ikatan hati adalah sangat perlu . tidur bersama , makan bersama dan berjalan@bermusafir bersama-sama . ini untuk permulaannya ."

^^ " setelah itu diberi seluruh kefahaman tentang akidah agar ikatan hati antara kita bukan atas dasar duniawi , hakikat berteraskan Illahi .

^^ " saling terikat dengan kerja da3wi dan dikongsi segala masalah fardhi agar tiada rahsia dan dendam antara kita malah kerja yang bersistem akan lebih teratur "

^^ " dan ciri tarbiyyah kita adalah tarbiyyah robbaniyyah , ya3ni ketuhanan dan hati kita terikat atas landasan akidah dan semua ini untuk pertama dan selamanya "

- akhi B -

[ 7.45 a.m ]
" sape nak bayar ni ? " memecah ruhiy pagi tadi .

" Alhamdulillah , Allah telah menghantar rijal-rijal tajaan untuk kita " bagi menta'kidkan lagi .

" ana bayar ni , pastikan antum bekerja . kalau tak membazir ana belanja antum "

haha [ gelak tawa mereka memecah sepi pagi di bumi anbiya Jordan ] .. salam semut ..

No comments:

Post a Comment