![]() |
[kredit] |
Untuk seorang hamba Allah yang sedang mencari nilai
Nilai di mana tidak semua dapat merasainya dengan mata hati
Hati mana tidak buta hidayah Allah bila jahiliyyah menguasai diri
Jiwa mana tidak kosong dek dunia adalah tertinggi
Ya Allah kenapa tidak semua perolehi hidayah-Mu
Tidakkah senang dunia ini dikuasai agama-Mu
Malah tiada satu kezaliman dan taghut di muka bumi-Mu
Bahkan manusia hanya berserah kepada-Mu
Sedarlah hakikat sunnatullah ..
Andai seluruh dunia taat pada-Nya siapa hendak bekerja di jalan-Nya
Dunia ini apa tujuan ciptaannya
Bukankah untuk menjadi medan perjuangan iman di akhirat milik-Nya
Hakikat sunatullah yang perlu difahami dan dihayati kepada seluruh manusia
Bilamana masa sudah tiba
Ada yang akan ke Neraka dan ada yang akan ke Syurga
Itu-lah hakikat dunia
Sedar tidak sedar
Hati mula berdebar
Kerana jiwa dan diri ini masih belum sedar
Bahawa hidup yang dilalui perlu ada pembeda
Antara Jahiliyyah dan Islam pasti ada bezanya
Manakan boleh , air sungai dan laut bercantum dua
Ini-kan pula jahiliyyah dan Islam dipersatukan atas dasar iman yang sama
Andai perempuan dan hiburan masih penguasa jiwa
Cepat-cepat-lah sedar bahawa itu mungkin masalah akidah kita
![]() |
hakikat Islam |
Ini hakikat Islam
Islam adalah agama lain dari yang lain
Hendak kata perbezaan dari sudut penganutnya yang pelik pasti tidak ubah fikiran
Mentang-mentang Islam hari ini sangat lemah dan licin
Tapi sedarlah Kami adalah manusia yang taat dan patuh pada hakikat Islam secara batin
Serah diri pada Yang Esa adalah tuntutan
Kenapa perlu heran
Bila mana Rahib menageh Syurga di malam hari , siang hari seperti harimau kelaparan
Hakikat kehidupan yang perlu dihayati
Manusia adalah sebaik-baik penciptaan Yang Esa kurniakan di muka Bumi
Bukan untuk tujuan bergoyang kaki
Tapi mempunyai misi
Misi yang mana bila tidak dilaksanakan dalam kehidupan ini
Boleh jadi lupa diri dan makan diri sendiri
Malah lagi hina dari seluruh makhluk ciptaan di dunia ini
Andai kamu mengerti
Hidup diselubungi Jahiliyyah ibarat tiada erti
Hanya memperbodohkan diri
Dengan nilai dan intergriti yang sama setiap hari
Maksiat dalam diri juga sudah sebati
Bahkan Akhirat kelak tidak dipercayai
Tuan mana tidak sayang akan hambanya
Apatah lagi tentang Si Maha Penyayang yang Esa
Malah umat kekasihNya pasti akan punya harapan dan cita-cita
Untuk memegang tampuk pimpinan dunia
Bukan senang dengan Jahiliyyah disekeliling kita
Kenapa diri sendiri masih tidak bercita-cita
Untuk menjadi Khalifah dan Ubudillah terbaik di dunia
Bahkan Islam dan diri sudah sebati dan di adun bersama
. sekian .
Nukilan ini dituju kepada ce' dea yang masih baru berjinak-jinak dalam bahtera Ihna
wah~! dah pandai berpuisi dah abang kita sorg ni~! masyaAllah 'alaika ;)
ReplyDelete