Tuesday, 12 June 2012

perlukah kita bersabar ?

mungkinkah kita pernah dengar slogan yang dilaungkan oleh umat Islam serantau dunia pada masa kini
[ proud to be a muslim ]

[ Islam is wonderful ]

[ Islam adalah agama yang benar ]

and something like that ..

malah kita juga sangat terharu bila mana orang bukan Islam mengambil kisah tentang agama Islam kita ..

sentiasa akan memastikan istillah dan lambang keagamaan kita juga selamat di mata kita ..

tidak ada campuran , malah tiada bid'ah dalam agama Islam kita ini ..

haruslah sentiasa baik .. itulah Islam bukan .

Sangat Indah bukan ?

cukup sempurna dan tugas yang sangat sempurna dilaksanakan oleh umat Islam , menjaga keindahan dan kesucian agama-Nya .

tapi cukup sedih bila mana ..

umat Islam masing masing menuduh dan menunding jari sesama mereka ., cuba mempertahankan :

1) cara berfikir dan kefahaman mereka terhadap Islam .

2) sistem menyebarkan Islam .

3) malah pertikaian antara perkara fiqh .

4) aliran mazhab yang dipelajari .

dan ...

situasi ini telah menyebabkan perang saudara antara umat Islam yang mana dahulunya berjanji akan memperjuangkan agama Allah bersama ..

malah berikrar tidak akan mengotori kesucian agama Islam adalah tugas seluruh ummah ., walhal kita akan memastikan musuh musuh Allah akan dibalas dengan perkara yang setimpal atas apa yang dilakukan mereka .

janji janji yang mengeletarkan lutut dan menderaskan aliran darah musuh musuh Allah .. pada dahulu kala ..

kini .. itu semua coretan sejarah dahulu ..

dan mula dicoretkan sejarah yang baru ..

umat Islam masih sama seperti dahulu kala ., memperjuangkan kesucian agama ini sehabis baik .

Bila mana Kristian cuba menggunakan nama 'Allah ' untuk tuhan mereka, ramai ramai bangkit untuk rasa tidak setuju dan bangkang sekeras padu . itu di Malaysia .

Di France , muslimah kita tidak dibenarkan untuk memakai purdah atau penutup muka nanti akan diambil tindakan . sangat membimbangkan sehingga umat Islam cuba juga untuk menunjuk rasa ketidakpuashatian itu .

Juga berlaku di Malaysia, orang kufar atau non-muslim pabila ingin memasuki masjid kita , haruslah menutup aurat dan bila tidak menutup . akan dihalau . ditentang . dimarah . dan pelbagai ' di ' akan digunakan .

indahnya Islam - kesucian dijaga dan dipertahankan .

tapi yang membezakan dahulu dan kini adalah matlamat dan cara hidup .,

kalau dahulunya umat memperjuangkan Islam untuk mendapat redha Allah dengan cara beribadah malah mendekatkan diri kepada Allah barulah berjuang sehabis mungkin . pengakhirannya jihad diperolehi .

lain dari kini , Allah bukan matlamat . Tapi tulisan Islam di dalam kad pengenalan adalah matlamat .
" aku Islam maka aku harus berjuang membela Islam " , tiada Allah dihati , cinta Allah dan Rasul tidak dirasa dengan sebenar rasa . itukah perjuangan ?

waktu kini sangat menyedihkan

malah cara hidup umat dahulu beserdahana , saling mengambil berat antara muslim yang lain malah penjagaan maruah , ekonomi , dan teras pembangunan umat iaitu individu yang berperibadi mulia sangat dititik beratkan .

kini masih terdapat cara hidup yang serupa dengan zaman dahulu . cuma perbezaannya adalah majoriti dan minoriti .

lihat sekarang berapa ramai yang menitik beratkan kesihatan dan keselamatan diri . rokok itu menjadi adat dan budaya manusia . kewangan umat Islam kini dibawah pengaruh besar bukan Islam . malah cara hidup penampilan pergayaan semua bercerminkan diktator barat .

waktu kini sangat menyedihkan


[buang bayi]
kalau di Malaysia kita cuba untuk membincangkan soal menyelesaikan masalah pembuangan bayi , di Syria dan negara saudara se-muslim kita yang ditindas dan diperangi cuba memikirkan tempat yang selamat untuk anak anak mereka dari dihujani bom dan peluru ..

akhirnya , kepala dipancung

bagaimana perkara yang berlainan berlaku tetapi berpunca dari satu sumber yang sama

ingin mengetahui , memahami dan mempelajari ?

sedarlah , segala ini bermula dari diri seseorang manusia itu sendiri .

jika cantik dan bersih suasana dan persekitaran seorang manusia itu , maka terbentuk manusia dengan jiwa dan mentaliti yang cantik dan bersih .

tidak hairanlah zaman Rasulullah mula mula menerima wahyu dahulu tidak dimusnahkan berhala terus . kerana apa ?

melainkan cuba untuk membersihkan suasana dan persekitaran para sahabat agak menjadi peribadi yang unggul dan cantik malah mereka pula yang memusnahkan berhala , tangan manusia yang pernah menyembah berhala suatu ketika dahulu dan ketika itu mereka memusnahkan pula .

perlukah kita bersabar ?


atas apa yang berlaku sekarang ini ? penindasan . pembunuhan . peperangan . semua di negara Islam kini .

perlukah kita bersabar ?

sedangkan masih ramai muslim yang sedang berjuang untuk terus hidup menegakkan agama Allah ini ? seperti di Palestin , Syria , Myammar . menjadi mangsa adalah umat Islam kini .

perlukah kita bersabar?

atas apa yang telah dilalui oleh umat Islam suatu ketika dahulu , digeruni , dihormati dan disegani oleh seluruh mata mata dunia ? tetapi kini . maruah hakikatnya ditangga yang terendah . dan hilang rasa hormat dunia terhadap agama Allah yang dijaga kesuciannya dan keindahannya sehingga kini .

jangan bazirkan nikmat hidup yang diberikan , hidup hanya sekali .

andai terlanjur kita sama berubah ke arah kebaikan , mati adalah pengakhiran sebenar

selagi hidup , cuba untuk sedar dan prihatin di mana silap kita sebagai muslim .

jangan disabar perkara yang tidak perlu dipersabarkan . selagi mana kesilapan masih wujud , selagi itu tugas utuk mengislah atau memperbaiki masih harus dijalankan .

malah mestilah lebih kuat , kuat dari yang lain .. teruskan bekerja

kalau kita umat Islam tidak ingin mencoret sejarah yang baru , biarkan Islam ini pergi sehingga ke kiamat bersama sejarah yang gelap bersama kita .

1 comment: