Thursday, 11 April 2013

kembalikan cinta tu


Fuhh… seronok juga she kita bila sudah besar ni. Sudah bebas merdeka dari cengkaman ibunda dan bapanda yang asyik asyik berleter dari subuh hingga ke waktu tidur.

Sampai kadang kadang tu rasa nak lari dari rumah pun ada dengan leteran mereka berdua. Dari umur sepucuk daun sampailah lebat berbuah dah perangai diri ni.

Bahkan kita pun akan mudah berasa sangat menyampah dengar suara mereka yang tiada perhiasan dan nyanyian yang merdu seperti ala ala opera  atau konsep Jom Heboh!

Menyampah teramatkan sampai satu tahap tu menderhakai dan melukai hati mereka dengan kata kesat dan tucuhan kalam pedas lagi berbisa ibarat lipan menggigit tapak kaki ni.

Maka tumpahlah air mata mereka berdua terutama ibu yang mengandung sambil  mengimbau suasana yang sentiasa membawa ke mana sahaja dia pergi, tapi anaknya membesar ibarat samseng yang memberontak seolah olah tidak pernah bertemu dengan cinta dan kasih sayang.

Sedih hati mereka, neraka menanti kamu duhai anak di sana kelak! Tak percaya? Percayalah !
Bagaimana kita sanggup rasa perasaan meliat dengan ibunda dan bapanda kalau kita tahu bekerjanya mereka untuk kita dapat makan semata?

Bagaimana kita sanggup caci dan tucuhkan kalam yang memedihkan hati mereka kalau kita tahu mereka sanggup buat apa sahaja agar anaknya menjadi yang terbaik?

Bagaimana pula kita sanggup rasa nak keluar dari rumah yang dari sepucuk daun kita lahir dan hidup bersama tiba tiba kerana suntikan syaitan durjana kita paling wajah dari mereka?

Aduhai anak anak *kepala menggeleng

Cuba bayangkan bagaimana kita hidup tanpa ibunda dan bapanda? Yang memang ikatan hati dan darah tu dah disatukan dari kecil sampai selama lamanya. Kalau kita ke neraka sekali pun pasti darah yang mengalir dalam diri kita adalah darah mereka berdua.

Dan kalau mereka ke neraka, kita ke syurga. Darah yang mengalir dalam darah kita tu pun tetap darah mereka berdua.

Kenapalah benci sangat pada mereka?

Ayah kita selalu belasah kita macam tak berhati perut, dan mak pula hanya mampu lihat dan menangis sampai habis peristiwa.

Lepas tu kita tidur selepas kepenatan dibelasah, ibunda ni asyik risau keadaan kita sampai terpaksa berjaga malam dan merawat luka bahkan membelai anaknya yang masih dalam proses didikan.

“ Moga kelak kamu lebih memahami erti kebaikan dalam diri kamu” doa ibunda tercinta mengharapkan anaknya menjadi terbaik dengan melakukan usahanya yang terbaik dalam mendidik anak anaknya.

Begitulah hari demi hari doa kepada seorang anak yang menjadi harapan setiap kedua ibunda dan bapandanya.

Walaupun mereka pukul, rotan, libas, belasah dan semaksud dengannya tiada yang terlintas dalam hati mereka hanya untuk mendidik anak anak mereka agar jadi manusia terbaik.

Seronok mendengar cerita seorang tokoh jutawan dunia “ Bill Gates” yang merupakan seorang yang tidak cerdik dalam pelajaran. Tapi bilamana dia tahu dia tidak pandai dan sangat malas untuk bidang belajar tu tapi sekurang kurangnya dia mengetahui ibunda dan bapanda mengharap agar dia menjadi manusia yang terbaik dalam hidup mereka.

Dan akhirnya berkat memahami ibunda dan bapanda dia telah membuktikan bahawa yang ibunda dan bapandanya harapkan bukan pandai dalam pelajaran tapi menjadi someone yang memberi kebaikan dalam kehidupan kita dan orang lain.

Hari ni kenapa?

Anak anak seolah derhaka kepada ibunda dan bapanda adalah satu trend baru dan sangat cool?

Apakah?* garu kepala tak gatal

Mencarut kepada ibunda dan bapanda adalah satu kebanggaan pada zaman kini untuk dijadikan cerita sembang kosong.

Tak dengar dan lawan cakap ibunda dan bapanda adalah satu kebebasan yang mutlak yang boleh dikongsi dalam facebook dan twitter untuk menunjukkan bahawa anda hari ini sudah besar dewasa.

Sampai satu tahap mengecewakan mereka adalah satu kepuasan kerana ketidak puas hatian terlampau terhadap mereka sehingga mereka pun kita tak mengaku ibunda dan bapanda kita di hadapan sahabat handai.

Bodoh semua ni! Salah satu kejayaan penjajahan pemikiran yang paling berjaya.

Lihat ni!

Yang memberi minum susu ketika kita tidak mampu untuk makan nestum sekali pun adalah ibunda yang sentiasa mengigau suara tangisan anak kecilnya di malam hari dek kelaparan.

Yang membawa anak mereka dengan memimpin tangan sampai ke depan pintu tadika tu bukankah ibunda dan bapanda ke? Mereka nak kita terdidiklah!* suara emosi terlebih

Yang menangis bila kita biadap dan derhaka kepada mereka dan mendoakan agar Allah bukakan hati kita, siapa? Ibunda dan bapandalah yang penuh mengharap agar Allah membuka hati yang telah menghancurkan hati mereka.

Apalah susah sangat nak faham konsep taat dan patuh bersebab?!

Cuba kita try test..

Senyum kepada mereka, dan ucap “ mama.. papa.. sayang mama papa “ sambil buat muka comel. Sudah memadai untuk anda menempah tiket ke syurga kelak. Berserta juga dengan adab dan akhlak baik sepanjang bersama dengan mereka.

Sebagai seorang yang beriman dengan rukun iman yang kelima;  percaya pada hari akhirat kelak, sudah pasti kita mengimani juga syurga dan neraka itu wujud di ‘ArasyNya.

Tidak mahukah kita bertemu dan berpisah di dunia dan kekal bersama di syurga tertinggi bersama keluarga kita yang tercinta semula. Mungkin masa tu, hampir hari hari kita berseronok dan bercuti dengan hati girang gembira bersama ke mana sahaja kita suka tanpa batasan waktu dan tempat yang indah di syurga.

p/s : Umi abah, saya minta maaf kalau banyak melukakan hati kalian berdua. Tidaklah yang saya harapkan kecuali kita hidup gembira bersama di dunia dan akhirat kelak bersama adik adik yang ramai ni. Mungkin susah nak digambarkan usaha yang terbaik kalian berdua tempuh dalam menghadapi rezeki dari Allah ini tapi saya tetap percaya kalian adalah terbaik untuk kami anak anakmu yang comel ^^

No comments:

Post a Comment